The Richworld Travel & Tours Sdn Bhd (1040443-P)(KPK/LN 7567)
Opening hours
Monday - Friday : 0900 hrs - 1800 hrs 
Saturday / Sunday/ Public Holiday - Closed​
Head Quartes

Suite 16.05, 16th Floor, Wisma Zelan, 
No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, 
Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Tel : +603-9174 7003 
Fax: +603-9174 7005 
Phone No: +6011 2004 8989
Visitor's Analytics

Our Terms & Conditions​

      ©2018 By Richworld Travel & Tours Sdn Bhd  Website All Rights Reserved.

Search

10 Barang penting yang perlu dibawa ketika bercuti atau travel





















"Barang apa lagi nak bawa ek?"


Persoalan yang sering kali diajukan apabila tengah packing untuk travel.


Kadang ada je barang yang tak perlu langsung dibawa, tapi dia bawa. Ada juga barang yang penting dan perlu dibawa, tapi tak bawa!


Tak dinafikan yang saya sendiri pun kadang kala mengalami masalah macam ini.


Untuk entri kali ini saya nak kongsikan beberapa barang yang WAJIB dibawa bersama ketika travel.


Tapi tak semua barang yang saya senaraikn ini perlu dibawa ya, ia bergantung kepada tempat yang anda nak pergi, berapa lama anda mahu pergi, dan beberapa faktor lain yang saya akan huraikan. STAY TUNED!!



1. PASSPORT / DOKUMEN PENGENALAN DIRI



Barang paling WAJIB dibawa kalau anda ke luar negara. Passport adalah dokumen pengenalan yang sangat penting kalau ke luar negara. Simpan dengan rapi dan pastikan dalam tempat yang selamat. Tapi kalau travel dalam negara jangan mengada-ngada nak bawa passport pulak ek! bawa ic sudah.


2. TRAVEL CHARGER




Gambar rajah diatas boleh dibeli kat DIY ataupun kedai gajet berdekatan anda. So senang je cari benda ni, tak perlu fikir nak cari kat mana. Travel charger ini adalah satu barang WAJIB dibawa kalau travel ke mana-mana sahaja.


Satu lagi barang yang penting dan perlu dibawa kalau negara luar lebih-lebih lagi negara yang menggunakan soket yang berbeza dengan negara kita. Suatu kecuaian la kalau tertinggal universal travel adapter ini.


Dengan 4 jenis plug , anda tidak perlu risau lagi negara apa yang anda pergi dan juga tidak perlu mencarinya dia luar negara nanti. Jadi disitu kita nak jimat masa dan tenaga, bukan?


3. CAMERA




Rugi la sangat kalau travel tapi tak bawa camera. Sekurang-kurangnya bawa laa telefon pintar yang boleh ambil gambar yang cantik. Abadikan kenangan anda travel dalam gambar.


Anda perlu membawa kamera GoPro sebab saiz yang kecil dan ada aksesori yang berguna untuk travel sebagai contoh monopod and tripod yang bersaiz kecil dan ringan.


4. EARPHONE




Tak kisah la earphone brand atau jenama apa sekalipun. Bagi saya yang banyak travel solo, earphone ada peneman saya ketika kebosanan. Adalah dinasihatkan bawa earphone yang kecil ketika travel sebab saiznya yang kecil dan tak memakan ruang yang besar.


Sebaiknya elakkan bawa headset, sebab saiznya besar dan memakan ruang ketika travel. Best memang best sound dia, tapi melecehkan anda nak bawa ke mana-mana. Selain earphone, ear pod juga senang dibawa kerana saiznya agak kecil sedikit. Earpod adalah earphone tanpa wayar.


5. BAJU HUJAN PAKAI BUANG




Ini la orang kata sediakan payung sebelum hujan, tapi kita sediakan baju hujan sebelum hujan. Hujan tak dapat diramalkan kedatangannya. Hujan juga adalah satu rahmat tuhan dan bila hujan turun boleh membataskan pergerakkan anda ketika travel.


6. TISU BASAH

Banyak negara yang tidak menggunakan paip di jamban, yang mana menyukarkan mereka yang biasa menggunakan paip. Tisu basah atau dalam kata lain wet tissue adalah barang yang sangat penting bagi muslim mahupun bukan muslim dan perlu dibawa kalau ke negara-negara luar. Tapi, kalau dalam negara pun tidak ada masalah untuk dibawa, ia juga boleh digunakan dengan pelbagai cara.


7. PEN

Biasanya sebelum mendarat ke sesebuah negara tu, perlu isi borang on arrival. Di sini pen merupakan peralatan yang sangat dikehendaki. Jadi kemana sahaja anda pergi, bawa la sebatang pen. Tak kisah sama ada pen hitam atau pen biru ataupun ball pen mahupun pen dakwat basah kerana ia tidaklah berat dan juga tidak memakan ruang yang besar pun.


8. Deodorant

Sangat tak selesa kalau travel tapi berbau badan. Saya kalau travel, memang wajib bawa DEodorant jenis spray punya. Saiz kecil dan senang digunakan. Ia guna mudah dibawa kemana-mana. Anda boleh dapatkan deodorant bersaiz kecil di supermarket berdekatan dengan anda. Anda juga boleh beli deodorant yang jenis roll-on, saya suka yang jenis spray sebab dia bukan jenis liquid.


9. TISU

Selain dari wet tissue atau tisu basah, tisu ini juga perlu dibawa. Rasanya tak perlu cerrita panjang mengenai apa yang pentingnya tisu ini, dan saya rasa semua orang tahu tentang pengunaan tisu ini.



10. MINYAK ANGIN

Minyak angin adalah sejenis minyak sapuan ataupun topikal yang selalu digunakaan oleh masyarakat kita. Terdapat terlalu banyak jenama minyak angin di pasaran. Ia boleh dikatakan minyak serbaguna untuk menguarangkan gejala sakit, kembung perut, melegakan hidung tersumbat , gatal, gigitan serangga dan lain lain lagi. Sebenarnya di dalam minyak angin itu terkandung ubat yang dicampurkan bersama minyak.


Ada kemungkinan kaki dan tangan lenguh atau terseliuh. Bawa la satu botol kecil minyak angin untuk sapu jikalau ada lenguh di kaki dan tangan mahupun terseliuh.


Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk sesetengah orang yang kemungkinan mengalami mabuk penjalanan ataupun mungkin untuk orang yang ada penyakit migrain. Ia juga amat membantu.

7 views