Search

10 CARA JIMAT MINYAK KERETA AUTO, DAPAT KURANGKAN BAJET TRAVEL


Setiap kali ingin travel atau bercuti dengan kereta sendiri, antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah bajet. Bajet untuk tempat tidur, bajet untuk makan dan juga bajet untuk minyak kereta. Bila menyebut tentang kerja, anda perlu siapkan kenderaan yang ingin dipandu semasa travel lebih awal. Kena servis bagi mengelakkan masalah. Bila kenderaan sudah berada dalam keadaan baik maka amalkan sikap pemanduan berkhemah. Eh jangan tak percaya yang ini semua ada kaitan dengan cara untuk jimat minyak bagi kereta auto.


Di sini akan dikongsikan 10 tips ataupun cara bagaimana untuk menjimatkan minyak kereta. Tak kisahlah anda guna kereta jenis Myvi, Alza, Waja, Persona, Gen 2, Honda atau apa brand sekalipun. Cara-cara ini boleh digunapakai bagi membantu jimatkan kos minyak semasa travel.


10 CARA JIMAT MINYAK UNTUK KERETA AUTO, DAPAT KURANGKAN BAJET TRAVEL


Jadi bagaimanapun nak jimatkan minyak ini? Jangan tunggu lama-lama, inilah dia cara ataupun tips bagaimana untuk menjimatkan kereta yang anda patut tahu.


1 - JANGAN SECARA MENGEJUT


Salah satu cara jimat minyak kereta auto ialah dengan ubah cara pemanduan anda. Ramai antara kita di luar sana gemar membrek secara mengejut. Cara sebegini bukan sahaja akan merosakkan sistem brek kereta anda tetapi juga akan menyebabkan penggunaan minyak yang tinggi.


2 - SILA MATIKAN ENJIN APABILA MENUGGU SESEORANG


Satu lagi cara jimat minyak kereta auto yang berkesan adalah dengan mematikan enjin apabila sedang menunggu seseorang. Ada juga mereka di luar sana gemar membiar enjin kereta apabila sedang menunggu kawan atau seseorang. Sebenarnya cara sebegini akan membuatkan minyak kereta anda keluar dengan banyak. Walaupun kereta anda tidak bergerak tetapi minyak tetap juga boleh keluar. Jika anda hendak menunggu seseorang matikan enjin dan buka tingkap. Cara sebegini dapat menjimatkan minyak kereta anda lebih jimat.


3 - JANGAN BAWA BEBAN YANG BERAT


Satu lagi cara jimat minyak kereta auto adalah dengan mengurangkan beban yang di bawa dalam kereta. Ini kerana, beban yang terlalu berat akan menyebabkan kereta terpaksa menggunakan tenaga yang banyak dan anda terpaksa menekan minyak yang lebih dari beban biasa. Bila terpaksa menekan minyak dengan lebih maka penggunaan minyak juga amat tinggi.


4 - PASTIKAN TEKANAN ANGIN TAYAR YANG MENCUKUPI


Cara jimat minyak kereta auto yang seterusnya adalah dengan sentiasa memeriksa tekanan tayar kereta anda. Tayar yang kurang tekanan angin akan menyebabkan pergerakan kereta menjadi berat dan sekali gus akan menyebabkan penggunaan minyak tinggi. Ini kerana, tekanan tayar akan kurang menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 35 peratus. Jadi sebelum anda bergerak pastikan anda periksa dahulu tekanan angin di tayar anda.


5 - BUKA TINGKAP JIKA MEMANDU PADA WAKTU MALAM ATAU CUACA SEJUK


Cara jimat miyak kereta auto yang seterusnya ialah dengan tidak menggunakan penghawa dingin ketika memandu pada waktu malam atau cuaca sejuk. Umum mengetahui salah satu sebab penggunaan minyak yang kuat adalah disebabkan oleh penggunaan penghawa dingin. Jadi apa kata jika anda memandu dengan membuka tingkap. Cara ini sedikit sebanyak dapay menjimatkan penggunaan minyak kereta anda.


6 - KEKALKAN PENGGUNAAN EKZOS YANG STANDARD


Anak muda pada masa kini gemar melakukan pengubahsuaian kenderaan. Tidak kira kenderaan bertransmisi manual atau auto mereka gemar mengubah suai ekzos kereta mereka. Ekzos yang paling diminati sudah tentulah ekzos yang bunyi kuat. Penggunaan ekzos sebegini sebenarnya menjadikan penggunaan minyak kereta anda meningkat 2 kali ganda.


7 - SENTIASA SERVIS KENDERAAN TEPAT PADA WAKTUNYA


Tidak kiralah sama ada anda memandu kereta auto atau manual, anda perlu sentiasa memastikan kenderaan anda di servis tepat pada masanya. Ini kerana kenderaan yang tidak di servis tepat masanya akan menyebabkan penyedutan minyak ke enjin bermasalah. Jadi apabila bermasalah sudah tentu kenderaan anda akan menggunakan minyak yang lebih banyak.


8 - TIDAK MENEKAN MINYAK UNTUK TAMBAH KELAJUAN SECARA MENGEJUT


Pada permulaan untuk menggerakkan kereta jangan amalkan sikap suka menekan minyak secara mengejut atau secara banyak. Ini kerana, menekan minyak secara akan menyebabkan pembakaran bahan bakar kereta menjadi tidak stabil dan sekali gus akan menyebabkan penggunaan minyak yang tinggi.


9 - ELAKKAN MEMANDU PADA WAKTU PUNCAK


Jika anda mahu keluar bersiar-siar atau pergi kemana-mana seeloknya elakkan memandu pada waktu puncak atau pada waktu yang boleh menyebabkan anda terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas. Ini kerana, kesesakan lalu lintas juga boleh menyebabkan penggunaan minyak yang sangat kuat.


10 - SENTIASA MEMANDU PADA KELAJUAN YANG SEDERHANA


Satu cara yang berkesan untuk jimat minyak adalah dengan memandu pada kadar kelajuan yang sedehana. Memandu terlalu laju bukan sahaja membahayakan diri anda tetapi akan menyebabkan anda terpaksa menekan minyak yang terlalu banyak dan ia sekali gus amat tidak bagus untuk penggunaan petrol anda.


NAK TRAVEL TAK SALAH CUMA RANCANGLAH PERJALANAN SUPAYA TIDAK MEMBAZIR MINYAK


Jika kenderaan yang di beli mungkin lebih senang kerana ramai yang sudah membuat kajian untuk membeli kenderaan yang mempunyai penggunaan minyak yang rendah. Tapi bagaimana pula dengan kereta sewa. Pernah tak terfikir untuk jimat minyak setiap kali pergi roadtrip? Tak kisahlah kereta yang disewa tu brand jenis apa mahupun kereta keluaan luar negara sekalipun, anda perlu tahu bagaimana untuk menjimatkan minyak pada kereta auto yang disewa bagi menjimatkan kos.


Antaranya:


  • jangan sewa kenderaan dengan ekzos yang diubah suai

  • jangan sewa kenderaan yang besar sedangkan anda bercuti hanya suami isteri

  • pilih kenderaan dengan CC yang lebih rendah

  • sewa kenderaan untuk tahun pengeluaran yang lebih awal (kereta baru)

  • rancang perjalanan lebih awal untuk mengelakkan sesat dan kesesakan


0 views
The Richworld Travel & Tours Sdn Bhd (1040443-P)(KPK/LN 7567)
Opening hours
Monday - Friday : 0900 hrs - 1800 hrs 
Saturday / Sunday/ Public Holiday - Closed​
Head Quartes

Suite 16.05, 16th Floor, Wisma Zelan, 
No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, 
Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Tel : +603-9174 7003 
Fax: +603-9174 7005 
Phone No: +6011 2004 8989
Visitor's Analytics

Our Terms & Conditions​

      ©2018 By Richworld Travel & Tours Sdn Bhd  Website All Rights Reserved.