Search

5 Destinasi Pelancongan Yang Mengharamkan Pengambilan Gambar

Updated: Sep 10, 2019

Memandangkan zaman kini yang serba canggih, hampir semua manusia memiliki telefon bimbit sendiri. Budaya berselfie atau ootd sangat popular sekarang. Tambahan pula mereka yang pergi melancong ke luar negara dan ingin menyimpan kenangan ketika berada di negara itu.

Akan tetapi, kita perlu tahu, ada sesetengah negara yang mengharamkan kita untuk mengambil gambar atas sebab-sebab tertentu. Jadinya, untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku kita perlu tahu la serba sedikit tentang negara negara ini.


1.Istana Nueschwanstein


Kepada peminat cerita Disney mesti familiar dengan istana ni. Kerana, istana ni digunakan dalam filem Sleeping Beauty. Romantik sangat ceritanya dengan suasana istana yang sungguh indah tetapi bagi anda mungkin agak sukar untuk menikmati suasana tersebut. Ianya kerana anda hanya mempunyai masa selama 35 minit untuk melawat seluruh istana itu.


Dan anda hanya boleh melawat dengan iringan pemandu pelancong. Dari sini, anda tidak dibenarkan sama sekali untuk mengambil gambar di dalam istana, malah jika anda membawa beg, anda perlu tinggalkan diluar dan juga kereta sorong baby juga tidak dibenarkan dibawa masuk.


Begitulah ketatnya pengawasan mereka dalam menjaga khazanah mereka.


2. Istana Matahari Kumsusan



Istana Matahari Kumsusan adalah bangunan yang digunakan sebagai makam Kim Il Sung, pengasas Korea Utara serta anaknya Kim Jong Il. Rakyat biasa tidak mudah untuk masuk ke dalam bangunan ini.


Orang asing hanya boleh melawat semasa lawatan rasmi kerajaan. Seperti yang kita tahu, negara korea utara ni sangat ketat dalam mengawal segala pergerakan. Untuk memasuki bangunan itu, mengambil gambar atau video, meroko dan bercakap kuat adalah dilarang sama sekali.


Sebelum masuk ke bangunan ini, pelawat perlu melalui mesin yang akan meniup habuk yang ada di tubuh badan kita. Tidak hairan la dengan apa yang disyaratkan oleh mereka. Negara Korea Utara adalah sebuah negara yang sangat ketat pengawalannya.


3. Red Light District, Amsterdam



Sememangnya sepanjang kawasan ini mempunyai suasana yang sangat cantik. Tetapi malangnya pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar di kawasan ini. Ianya kerana kawasan ini sebenarnya adalah kawasan pelacuran.


Orang tempatan disitu sangat benci jika ada sesiapa yang mengambil gambar di sini. Tapi jika anda masih mahu atau keras kepala jugak nak berselfie atau ootd,telefon anda mungkin dipecahkan dan paling teruk anda dipukul oleh mereka. So still berani ke?


4.Taj Mahal



Taj Mahal seperti yang kita tahu adalah sebuah keajaiban dunia. Ianya mampu membuat ramai pengunjung terkesima dan terpegun dengan keindahan dan reka bentuknya.


Di sini anda boleh saja mengambil gambar sebanyak mana yang anda mahu, tapi hanya dari luar saja lah.


Pengunjung di larang sama sekali mengambil gambar bahagian dalaman Taj Mahal. Anda perlu mematikan telefon anda. Makan dan membuat bising juga di larang sama sekali.


5. Casino, Las Vegas



Las Vegas adalah tempat terbesar casino di seluruh dunia. Las Vegas sememangnya mempunyai suasana dan bangunan yang cantik dan juga besar.


Dengan lampu-lampu yang bercahaya di malam hari sangat la seronok mata memandang. Akan tetapi anda tidak boleh mengambil gambar sesuka hati anda.


Ini bagi melindungi keperibadian pelawat juga keselamatan dari berlaku sebarang rompakan.


Tetapi, pada hari ini, batasan itu telah diangkat di beberapa kasino. Tapi, kebanyakannya masih melarang orang ramai untuk mengambil gambar.


Walaupun dilarang, masih ada pengunjung yang berjaya mengambil gambar secara diam-diam.



Itulah antara tempat-tempat yang mengharamkan orang untuk mengambil gambar struktur dalam bangunan. Faktor larangan mengambil gambar mungkin kerana tidak mahu adanya pihak tidak bertanggungjawab yang menciplak reka bentuk istimewa sesebuah bangunan.


Oleh itu, kita semua harus tahu ya tempat-tempat mana yang ada larangan pegambilan gambar.










0 views
The Richworld Travel & Tours Sdn Bhd (1040443-P)(KPK/LN 7567)
Opening hours
Monday - Friday : 0900 hrs - 1800 hrs 
Saturday / Sunday/ Public Holiday - Closed​
Head Quartes

Suite 16.05, 16th Floor, Wisma Zelan, 
No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, 
Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Tel : +603-9174 7003 
Fax: +603-9174 7005 
Phone No: +6011 2004 8989
Visitor's Analytics

Our Terms & Conditions​

      ©2018 By Richworld Travel & Tours Sdn Bhd  Website All Rights Reserved.