Search

5 Fakta Menarik Tentang Melancong Yang Anda Perlu Tahu

Pada zaman kini, melancong sudah menjadi salah satu aktiviti kegemaran ramai pada waktu lapang. Pelancong meliputi banyak aspek seperti untuk perniagaan, pelajaran, perubatan dan sebagainya. Oleh itu, sektor pelancongan telah menjadi salah satu sumber pendapatan negara yang paling penting.


1. "Jet Lag" terasa lebih teruk jika anda mengembara dari barat ke timur




Jet Lag adalah perasaan kelelahan dan kebingungan(confusion) setelah melalui perjalanan udara yang panjang. Ianya berlaku kerana ketidakmampuan tubuh kita dalam menyesuaikan diri dengan zon waktu yang berlainan di negara-negara lain.


Untuk pengetahuan anda, perjalanan dari barat ke timur lebih teruk kerana kitaran jam semulajadi kita dalam bangun/tidur adalah lebih dari 24 jam. Perjalanan dari barat ke timur menjadikan hari lebih pendek manakala jika dari timur ke barat adalah lebih lama. Dengan itu, otak kita lebih mudah untuk sesuaikan diri.


So, untuk mengelakkan dari berlakunya jet lag ni, anda lebih digalakkan melancong dari timur ke barat.


2. Anda mudah lupa apabila bertemu orang baru di luar negara atau di mesyuarat perniagaan



Anda mudah lupa tidak bermakna anda nyanyuk ya, perkara ini berlaku kerana otak anda lebih memberi tumpuan kepada perkara lain, contohnya anda lebih memikirkan bagaimana untuk membuat impak yang menarik apabila bertemu dengan orang baru.


Cara mudah dalam mengatasi masalah ini adalah dengan menyebut terus selepas orang lain memperkenalkan dirinya. Contohnya, ('Jadi Ahmad, apa yang menarik kamu ke sini?')


3.Meningkatkan Tahap Kegembiraan dan kepuasan diri



Kadang-kadang kepuasan atau kegembiraan diri lebih baik apabila anda menghabiskan wang anda untuk pengalaman bukannya objek.


Pengalaman memberikan kesan yang baik. Ianya kerana tidak semua orang berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman yang menarik dalam hidup.


Tambahan pula, pengalaman membuatkan kita lebih yakin untuk melakukan sesuatu yang baru. Dengan melancong, anda dapat mencari kebahagiaan anda.


4. Bekerja semasa percutian tidaklah seindah yang disangkakan



Dengan dunia sekarang, kerja-kerja yang perlu disiapkan pada tempoh yang telah ditetapkan semakin bertambah dari hari ke hari.

Dari sini, apabila anda bercuti anda tidak dapat menikmati sepenuhnya pengalaman yang menyeronokkan. Anda akan lebih menumpukan pada kerja anda.


Anda kurang mengingati perkara-perkara yang berlaku semasa percutian. So rugilah jika anda dah pergi bercuti jauh-jauh dan keluarkan banyak duit untuk percutian tapi tidak dapat menikmati sepenuhnya.


5. Penerbangan yang kerap akan menaikkan berat badan



Pasti wanita lebih takutkan hal ini bukan? Pantang mereka apabila berat bertambah walau sikit pun.


Berat badan pelancong yang menaiki penerbangan melebihi 21 hari sebulan adalah lebih tinggi dari mereka yang menaiki hanya 6 kali sebulan dengan perbezaan sebanyak 4.5 kilogram.


Penerbangan yang kerap juga boleh mengundang penyakit seperti imsonia yang disebabkan perubahan masa sewaktu penerbangan,virus, tekanan darah tinggi dan diabetes.


Oleh itu anda perlu menjaga kesihatan diri anda dengan baik ya. Dengan tubuh yang sihat dapat la uols mengembara ke negara-negara pilihan anda yang seterusnya.



0 views
The Richworld Travel & Tours Sdn Bhd (1040443-P)(KPK/LN 7567)
Opening hours
Monday - Friday : 0900 hrs - 1800 hrs 
Saturday / Sunday/ Public Holiday - Closed​
Head Quartes

Suite 16.05, 16th Floor, Wisma Zelan, 
No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, 
Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Tel : +603-9174 7003 
Fax: +603-9174 7005 
Phone No: +6011 2004 8989
Visitor's Analytics

Our Terms & Conditions​

      ©2018 By Richworld Travel & Tours Sdn Bhd  Website All Rights Reserved.