The Richworld Travel & Tours Sdn Bhd (1040443-P)(KPK/LN 7567)
Opening hours
Monday - Friday : 0900 hrs - 1800 hrs 
Saturday / Sunday/ Public Holiday - Closed​
Head Quartes

Suite 16.05, 16th Floor, Wisma Zelan, 
No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, 
Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Tel : +603-9174 7003 
Fax: +603-9174 7005 
Phone No: +6011 2004 8989
Visitor's Analytics

Our Terms & Conditions​

      ©2018 By Richworld Travel & Tours Sdn Bhd  Website All Rights Reserved.

Search

7 Cara Untuk Melancong SAMBIL Menyelamatkan Bumi



1. Pengangkutan awam dan pelepasan karbon?


Menggunakan pengangkutan awam ialah antara amalan terbaik yang boleh anda lakukan untuk persekitaran ketika anda sedang melancong atau mengembara. Dengan melakukan tindakan ini anda tidak menyebabkan pelepasan karbon yang berlebihan dari pengangkutan persendirian. Ia juga akan menambah pengalaman perjalanan anda, memberikan peluang kepada anda untuk berinteraksi dengan orang tempatan.




2. Katakan tidak kepada beg plastik!


Anda ingin kenangan percutian anda bertahan selama bertahun-tahun tetapi 500 tahun tu lama sangat! Beg plastik yang kita gunakan setiap hari itu boleh mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput. Jadi, gunakanlah beg membeli-belah yang boleh digunakan semula apabila anda pergi melancong mahupun di rumah. Beg yang dibuat dari kain itu boleh dibeli di mana-mana kedai runcit atau dapat dengan percuma dengan belian sesetengah barang.




3. Hotel itu tempat tinggal anda!


Petua yang bagus untuk berjimat ialah sentiasa beringat untuk menjaga bilik anda di mana-mana hotel seperti rumah anda sendiri. Ini bermaksud, elakkan untuk meminta tuala yang bersih apabila anda tidak perlukannya, jangan mengambil masa yang terlalu panjang untuk mandi dan sesuatu yang sering dilupakan oleh pengunjung hotel adalah untuk mematikan televisyen, lampu dan penghawa dingin apabila meninggalkan bilik.




4. Botol air reusable RM20 > Air mineral RM1


Botol plastik menyumbang banyak pada sampah sarap di negara ini. Jalan penyelesaian untuk masalah ini mudah sahaja. Hanya dengan menggunakan botol air yang boleh diguna semula anda sudah boleh membawa banyak perubahan! Carilah hotel atau tempat di mana ada penapis air supaya anda boleh mengisi semula dalam botol anda sendiri. Tindakan ini secara tidak langsung akan menjimatkan perbelanjaan anda sewaktu melancong.




5. Ikut jalan yang sebenar


Apabila sedang mendaki, anda perlu menjaga batas anda dengan hidupan-hidupan di hutan. Contohnya, sentiasa berada di laluan yang telah ditanda dan mengekalkan jarak yang selamat dari mana-mana haiwan liar yang anda hadapi. Seterusnya, gunakanlah jalan mendaki yang sudah bertanda. Melangkah keluar dari jalan yang ditetapkan itu akan meningkatkan kebarangkalian anda untuk memijak tumbuhan yang dilindungi atau terancam.




6. Pentingnya mengembara dengan kumpulan kecil


Kumpulan yang kecil akan mengurangkan lagi impak terhadap alam sekitar. Jadi, berkunjunglah bersama pengendali pelancong berkumpulan kecil yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Sebelum anda menempah, tanya dahulu berkenaan saiz kumpulan itu. Sambil-sambil itu, anda juga boleh bertanya bagaimana operator membalas jasa komuniti yang akan anda lawati. Anda jugak boleh menyertai dalam aktiviti yang memberi kebaikan kepada masyarakat tempatan.




7. Siasat latar belakang pemandu pelancong!


Sangat penting untuk anda melakukan penyelidikan sebelum lawatan terutamanya apabila ia melibatkan hidupan liar. Malangnya, banyak negara telah menyalahgunakan haiwan seperti menunggang gajah untuk tujuan pelancongan dan satu-satunya cara yang akan menghentikannya adalah jika pelancongan mempunyai lebih kesedaran tentang perkara ini. Justeru, elakkanlah diri daripada tempat pelancongan yang mengamalkan penyeksaan haiwan.

4 views