Search

7 Hotel Di Malaysia Yang Setanding Istana



1. Macalister Mansion

Terletak di tengah-tengah Georgetown, Pulau Pinang, ialah sebuah rumah warisan yang dibina kira-kira 100 tahun yang lalu, yang telah diperbaharui rekabentuk dan struktur dalamannya. Namun begitu, rupa luarannya tetap sama dan kekal utuh seperti dulu. Hotel butik yang cantik ini hanya mempunyai lapan bilik. Pengurusnya nekad untuk mengekalkan budaya penjajah Inggeris dengan seni bina yang ikonik dan penggunaan pelbagai jenis teh.




2. The Chateau Spa and Organic Wellness Resort


Diilhamkan oleh kastil zaman pertengahan Perancis, 'Haut-Koenigsbourg', resort ini menawarkan percutian yang santai di Berjaya Hills. Pelawat boleh memilih dari pelbagai pakej spa dan kesihatan di sini. Selain itu, hotel ini mempunyai program penurunan berat badan dan detoks yang dikendalikan oleh jurulatih profesional. Jika tidak berminat, anda boleh bersiar-siar di sekitar hotel atau menjadikan kawasan hotel ini studio instagram anda sendiri!




3. Palace of the Golden Horses


Menara, kubah dan pintu gerbang yang diilhamkan oleh Turki memberikan kesan seolah-olah anda berada di oasis padang pasir, berhadapan dengan tasik yang berkilauan. Hotel ini pernah dipaparkan dalam salah satu filem Jackie Chan. Walaupun terdapat bilik-bilik yang pelbagai saiz untuk tetamu yang biasa, terdapat juga penginapan yang direka untuk ketua-kerajaan, raja dan VVIP khas yang datang dengan beberapa servis tambahan seperti perkhidmatan butler.




4. The Palace Hotel


Kota Kinabalu ialah tempat terakhir yang anda akan terfikir untuk mencari istana yang keseluruhannya bercat putih, lengkap dengan menara dan rekabentuk seperti istana yang anda bayangkan ketika kecil. Ia terletak di hujung Jalan Tangki, sudut bandar yang tenang, selesa, jauh dari bunyi dan lalu lintas. Hotel ini dikelilingi oleh banyak tanaman hijau. Jadi jika anda ingin merasa seperti Raja atau Ratu yang mengamati tanah mereka, naiklah ke menara tertinggi hotel ini!




5. Bella Vista Waterfront Resort and Spa


Hotel seperti istana Disney ini terletak di pulau Langkawi, Kedah, dan terletak di kawasan yang strategik di sebelah lautan. Ini menjadikannya sesuai untuk mereka yang mencari percutian tropika di tepi pantai. Langkawi merupakan antara pantai yang terindah di Malaysia, dengan pasir halus seperti tepung dan air sangat jernih anda akan dapat melihat kaki anda dengan jelas. Jika sudah kepenatan duduk di pantai, anda boleh ke spa hotel ini untuk berehat.




6. Casa del Rio


Anda akan yakin anda berada di Mediterranean semasa melawat Casa del Rio di Melaka ini, dengan balkoni yang mengagumkan, air pancut Moor dan pintu gerbangnya. Malah, hotel ini sengaja direka seperti itu untuk memberi penghormatan kepada masa lalu Melaka sebagai tanah jajahan Portugis. Walau bagaimanapun, anda juga akan melihat banyak elemen warisan tempatan seperti tembikar dan batik Melayu yang digunakan sebagai hiasan dalaman.




7. Grand Kampar Hotel


Pekan kecil Kampar boleh dilihat sebagai sebuah bandar yang lengang, tetapi ia menyembunyikan rahsia yang mengejutkan iaitu Hotel Grand Kampar! Dibina pada tahun 2007, hotel baru ini terus menarik pengunjung bukan hanya sebab reka bentuknya, tetapi untuk layanannya yang merangkumi sarapan bufet percuma. Rupa luarannya direka ibarat hotel zaman kolonial, dengan estetika yang mencerminkan filem The Grand Budapest Hotel.

23 views
The Richworld Travel & Tours Sdn Bhd (1040443-P)(KPK/LN 7567)
Opening hours
Monday - Friday : 0900 hrs - 1800 hrs 
Saturday / Sunday/ Public Holiday - Closed​
Head Quartes

Suite 16.05, 16th Floor, Wisma Zelan, 
No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, 
Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Tel : +603-9174 7003 
Fax: +603-9174 7005 
Phone No: +6011 2004 8989
Visitor's Analytics

Our Terms & Conditions​

      ©2018 By Richworld Travel & Tours Sdn Bhd  Website All Rights Reserved.