Search

7 'Instagram Spot' Yang Tak Ramai Orang Tahu!



1. Taman Eco Rimba KL


Disarankan kepada anda untuk ke Taman Eco Rimba Kuala Lumpur bagi mendapatkan ketenangan dan lari seketika dari kesibukan kota raya. Di sini anda perlu berjalan sejauh kira-kira 200 meter sambil menghirup udara segar dan menikmati pemandangan hijau flora. Taman Eco Rimba KL ini banyak sudut yang menarik untuk anda berswafoto dan memuatnaik dalam Instaragam. Memang cantik dan style habis!

Alamat: Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur




2. Tokong Thean Hou


Gambar ini seolah membuatkan anda terbang jauh ke negara China. Inilah destinasi yang tepat jika anda mahu tunjuk pada followers tentang keunikan seni bina dan budaya masyarakat Cina. Warna merah mendominasi hampir keseluruhan Tokong Thean Hou ini dalam memberi definisi tentang sifat romantis pasangan bercinta.

Alamat: 65, Persiaran Endah, Taman Persiaran Desa, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur




3. Astana Morocco


Lepas ini anda sudah tidak perlu bersusah-payah dan membazir duit untuk terbang jauh ke Sepanyol. Sebab di Putrajaya pun ada juga seni bina Maghribi. Bangunan ini dibina atas dasar simbolik hubungan diplomatik antara Malaysia dan Maghribi. Jika anda ke Taman Botani Putrajaya ini jangan lupa muatnaik foto ke media sosial!

Alamat: Presint 1, 62000 Putrajaya




4. Batu Caves


Selepas dicat semula 272 anak tangga menuju ke Cave Temple telah mencuri perhatian warga Instagrammables untuk berswafoto di sana. Gua batu kapur ini turut dihiasi oleh kuil-kuil Hindu di dalamnya. Pelancong juga berpeluang bergambar dengan burung merpati, kelawar dan monyet.

Alamat: Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor




5. Dataran Merdeka


Dataran Merdeka merupakan salah sebuah lokasi yang bersejarah bagi Tanah Melayu pada tahun 1957. Bangunan Sultan Ahmad Samad yang terletak di seberang jalan Dataran Merdeka itu dibina pada era kolonial British. Para pelancong mengambil kesempatan singgah di sini untuk bergambar dan melihat pemandangan indah di tengah-tengah kota Kuala Lumpur.

Jadi, jangan lupa untuk singgah di sini dan swafoto untuk dimuatnaik terus ke laman Instagram anda!

Alamat: Jalan Raja, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur




6. Changkat Bukit Bintang


Jika anda berjalan di sekitar kota raya Kuala Lumpur, jangan lupa untuk singgah di Bukit Bintang. Di sini, anda dapat melihat keindahan seni mural yang terdapat di sepanjang dinding bangunan kedai di situ. Lokasi ini menjadi tumpuan para pelancong yang datang meluangkan masa menikmati secawan kopi sambil berswafoto hipster di sini.

Alamat: 64, Changkat Bukit Bintang, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur




7. Museum Negara & Galeri Seni


Memang sempoi jika foto dalam Instagram anda mempunyai unsur seni geometrik. Seni bina tangga yang terdapat di Museum Negara ini memberi simbolik kepada kepelbagaian unsur matematik dan seni. Jika mahukan foto anda lebih style, kamera perlu diletakkan di atas bagi menampakkan unsur geometrik tangga ini. Memang style habis!

Alamat: Sasana Kijang, 2, Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

21 views
The Richworld Travel & Tours Sdn Bhd (1040443-P)(KPK/LN 7567)
Opening hours
Monday - Friday : 0900 hrs - 1800 hrs 
Saturday / Sunday/ Public Holiday - Closed​
Head Quartes

Suite 16.05, 16th Floor, Wisma Zelan, 
No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, 
Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Tel : +603-9174 7003 
Fax: +603-9174 7005 
Phone No: +6011 2004 8989
Visitor's Analytics

Our Terms & Conditions​

      ©2018 By Richworld Travel & Tours Sdn Bhd  Website All Rights Reserved.