The Richworld Travel & Tours Sdn Bhd (1040443-P)(KPK/LN 7567)
Opening hours
Monday - Friday : 0900 hrs - 1800 hrs 
Saturday / Sunday/ Public Holiday - Closed​
Head Quartes

Suite 16.05, 16th Floor, Wisma Zelan, 
No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, 
Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Tel : +603-9174 7003 
Fax: +603-9174 7005 
Phone No: +6011 2004 8989
Visitor's Analytics

Our Terms & Conditions​

      ©2018 By Richworld Travel & Tours Sdn Bhd  Website All Rights Reserved.

Search

7 Port Paling Best Untuk Berbuka Puasa Santai-Santai!

Updated: May 21, 2019



1. Padang Majlis Perbandaran Kuantan


Jangan lepaskan peluang untuk merasai kemeriahan berbuka puasa beramai-ramai di Padang Majlis Perbandaran Kuantan yang hanya bersebelahan dengan Masjid Sultan Ahmad I! Lokasinya juga strategik di tengah-tengah bandar Kuantan dan mempunyai banyak tempat parkir. Paling menarik, terletak bazar ramadhan yang agak besar berdekatan dengan kawasan tersebut. Bukan setakat makanan sahaja, nak cari baju raya pun boleh!




2. Dataran Shahbandar Kuala Terengganu


Dataran ini terletak tengah bandar Kuala Terengganu yang berada di tepi Sungai Terengganu dan tidak jauh dari kawasan pantai. Kawasan ini mempunyai pokok-pokok yang redup serta bangsal untuk berehat. Bazar ramadhan di sini juga sangat popular dalam kalangan warga KT. Berdekatan dengan dataran ini, terdapat lagi satu tempat yang menarik untuk berbuka puasa iaitu di Pantai Batu Burok.




3. Dataran Merdeka


Bagi warga kota, mana lagi nak berbuka puasa kalau bukan di Dataran Merdeka dan juga di sepanjang Jalan Raja. Selain daripada kawasan yang luas untuk berpiknik, kawasan ini juga merupakan tapak untuk Festival Ramadhan tahunan. Memang banyak aktiviti yang boleh dilakukan ketika berlangsungnya festival tersebut. Yang duduk di Kuala Lumpur dan Selangor boleh lah ramai-ramai ke sini untuk menikmati suasana ramadhan yang menarik!




4. Padang MBSA, Dataran Shah Alam


Padang ini berada dekat dengan masjid dan juga kedai-kedai untuk membeli juadah berbuka. Sebelum anda datang ke padang ini, bolehlah singgah di bazar ramadhan Seksyen 7 Shah Alam terlebih dahulu untuk membeli kuih-muih dan sebagainya. Jika anda berhasrat untuk berbuka di sini, sebaiknya datang awal-awal kerana kawasan parkir kereta agak terhad. Jadi, Datanglah awal-awal dan jangan lupa untuk bawa tikar atau surat khabar lama.




5. Dataran Putrajaya


Lokasi yang seterusnya ialah Dataran Putrajaya yang berhadapan dengan Istana Kehakiman dan Masjid Tuanku Mizan Abidin (Masjid Besi) ini. Selain daripada lokasi strategiknya yang berdekatan dengan masjid, dataran ini juga mempunyai banyak pilihan untuk membeli makanan baik di restoran ataupun di Bazar Ramadhan Presint 2, Putrajaya. Tambahan pula, kawasan ini memang cantik dan bersih.




6. Dataran Balai Besar


Bagi yang berada di Alor Setar, anda boleh cuba berbuka puasa di kawasan terbuka dengan pemandangan indah Masjid Zahir ini. Kawasan ini dikelilingi hiasan landskap yang indah untuk dilihat sambil berbuka. Di sini juga berdekatan dengan restoran dan bazar. Namun begitu, ada segelintir keluarga yang membawa bekal makanan yang dimasak di rumah. Mana-mana jenis makanan pun akan menjadi sedap apabila kita berbuka dengan orang yang tersayang.




7. Dataran Sibu


Kalau di Sibu pula, tempat yang popular untuk berbuka beramai-ramai ialah Dataran Sibu. Kawasannya yang mempunyai padang berumput serta kemudahan asas untuk pengunjung menjadikan destinasi ini satu tempat yang wajib yang sering menjadi pilihan orang Sibu untuk berkelah dengan santai sambil berbuka. Jangan lepaskan peluang jika anda berada di sini pada bulan Ramadhan.

55 views