The Richworld Travel & Tours Sdn Bhd (1040443-P)(KPK/LN 7567)
Opening hours
Monday - Friday : 0900 hrs - 1800 hrs 
Saturday / Sunday/ Public Holiday - Closed​
Head Quartes

Suite 16.05, 16th Floor, Wisma Zelan, 
No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, 
Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Tel : +603-9174 7003 
Fax: +603-9174 7005 
Phone No: +6011 2004 8989
Visitor's Analytics

Our Terms & Conditions​

      ©2018 By Richworld Travel & Tours Sdn Bhd  Website All Rights Reserved.

Search

7 Kawasan Tumpuan 'Instagrammer' di K.L.



1. Merchant’s Lane Cafe


Antara semua kafe di Kuala Lumpur, Merchant’s Lane akan mencuri hati anda dengan reka bentuk dalaman yang menakjubkan. Dengan arkitek yang terkenal di Malaysia, Ng Sek San memainkan peranan dalam hal ini, tidak hairanlah Merchant’s Lane menpunyai keseimbangan antara elemen alam semula jadi dan minimalisme moden. Untuk semua pencinta kopi dan makanan, anda sudah tahu di mana hendak pergi untuk mengambil gambar yang sempurna!




2. Petronas Twin Towers (KLCC)


KLCC ialah salah satu bangunan paling elegan di Kuala Lumpur bukan sahaja kerana ia menara yang tertinggi di Malaysia, malah ia mempunyai struktur yang menarik. Tambahan pula, tona warna monokromatik dan panel keluli berfungsi sebagai kanvas yang sempurna untuk pakaian anda yang berwarna cerah dan terang. Jika bangunan itu tidak mengikut citarasa anda, anda boleh cari tempat yang cantik di sekeliling taman KLCC.




3. Empire Damansara


Empire Damansara menarik orang ramai dari seluruh bandar dengan elemen kreativiti dan artistik yang unik. Tempat-tempat seperti ini yang mempamerkan seni melalui warna, ekspresi dan kluster kafe-kafe hipster sukar didapati di Kuala Lumpur. Sebab itulah orang ramai berkumpul di sini untuk mendapatkan gambar ala instagram. Terdapat sesuatu untuk setiap jenis Instagrammer di sini tetapi jika anda hanya mahukan kopi yang baik, tiada masalah juga!




4. Lake Gardens


Lake Gardens barangkali ialah salah satu taman yang paling terkenal di sekitar Kuala Lumpur. Terdapat binaan-binaan pagoda dan landskap yang memang sempurna. Ia juga merupakan lokasi yang popular untuk sesi fotografi perkahwinan. Juga dikenali sebagai Taman Tasik Perdana, Lake Gardens merangkumi kawasan yang besar di pusat KL jadi kemungkinan besar anda akan menjumpai beberapa tempat rahsia yang belum ditemui.




5. SS2 Graffiti Street, Petaling Jaya


Lalu lintas yang sibuk ialah deskripsi yang kebiasaan diberi oleh penduduk tempatan untuk menggambarkan SS2. Dengan perbandaran yang sibuk, SS2 adalah tempat terakhir yang anda fikir untuk menjumpai sesuatu yang berseni. Tetapi tidak sehingga baru-baru ini, SS2 telah dipenuhi karya grafiti yang cool di seluruh kawasannya dan kini tugas anda adalah untuk mencarinya! Apa tunggu lagi? Instagram anda sedang menunggu.




6. Sentul Park


Sekiranya anda mencari tempat untuk bersukan dan mencipta seni, Sentul Park ialah tempat yang sesuai untuk anda. Terletak bersebelahan Pusat Seni Persembahan KL, memang taman ini menyerupai seni seperti teaternya. Sentul Park memunculkan tema gaya perindustrian dengan penekanan kepada bahan-bahan yang dapat diguna semula dan boleh dikitar semula. Terdapat struktur-struktur yang menarik dan dinding bata yang pecah di sekeliling taman itu untuk efek misteri.




7. Bukit Bintang


Bukit Bintang adalah seperti jantung Kuala Lumpur, dipenuhi dengan hotel dan pusat membeli-belah yang mewah. Untuk fotografi jalanan, OOTD atau gambar ala arkitek, Bukit Bintang mempunyai banyak pilihan untuk anda. Sephora Kuala Lumpur barangkali merupakan tempat yang paling menonjol di kawasan Bukit Bintang itu kerana eksteriornya yang mewah. Tidak kurang juga air pancut di Pavilion menjadi tempat kegemaran anak muda bergambar.

23 views