Search

7 Lokasi Peristiwa Bersejarah di Malaysia SELAIN Melaka




1. Fort Cornwallis, Pulau Pinang


Fort Cornwallis diberi nama sempena nama Gabenor-Jeneral Bengal, Charles Cornwallis. Dinding kubu setinggi lebih kurang 10 kaki ini dibina dalam bentuk bintang. Di dalam kubu ini, anda boleh melihat tinggalan struktur lama yang dibina berkurun lalu seperti sebuah gereja kecil, penjara, kawasan penyimpanan senjata dan lampu rumah. Sesuatu yang menarik berkenaan meriam Seri Rambai di kubu ini ialah sesetengah penduduk tempatan percaya ia boleh memberi kesan positif terhadap kesuburan wanita.




2. Kellie’s Castle, Perak


Walaupun telah berusia 107 tahun, istana lama yang mula dibina pada tahun 1905 ini terus kukuh berdiri di puncak bukit, malah keadaan fizikalnya makin bertambah baik hasil aktiviti konservasi yang telah dilakukan keatasnya. Istana Kellie dikatakan dibina sebagai manifestasi cinta seorang suami kepada isterinya. Jika Taj Mahal dibina sebagai lambang cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal, Istana Kellie pula dibina atas rasa kasih dan sayang William Kellie Smith kepada isteri beliau, Agnes.




3. Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan


Istana ini penuh dengan keunikan dan keindahan yang juga digelar ikon keluarga Diraja Negeri Sembilan. Seri Menanti dikatakan mendapat nama daripada tiga batang padi yang tumbuh di kawasan itu yang dinamakan Padi Menanti. Dalam bahasa Jawa, padi bererti `Seri’, lalu ia diubah nama kepada Seri Menanti. Di kawasan tiga batang padi ini juga dikatakan Istana Seri Menanti didirikan. Istana setinggi empat tingkat ini pelan asalnya telah direka oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib.




4. Kompleks Arkeologi Sungai Batu, Kedah


Kompleks Arkeologi Sungai Batu telah diisytiharkan sebagai tamadun terawal dan tertua di rantau Asia Tenggara. Tapak ini dilaporkan berusia lebih 2,000 tahun. 5 pakar arkeologi yang mewakili 5 tamadun utama dunia iaitu Mesopotamia, Indus, Mesoamerica, China dan Greek-Rom mengesahkan tapak arkeologi itu jauh lebih tua daripada Angkor Wat di Siem Reap di Kemboja. Sejak penemuan tapak arkeologi itu, pelbagai pihak beranggapan khazanah negara itu mempunyai potensi pelancongan yang cukup besar.




5. Bukit Kepong, Johor


Peristiwa Bukit Kepong ialah kejadian di mana pengganas komunis telah menyerang Balai Polis Bukit Kepong. Pertempuran yang berlaku sekitar jam 5:00 pagi ini telah mengorbankan 25 anggota polis dan orang awam. Semasa kejadian tersebut terdapat 15 anggota polis Melayu dan Konstable Polis marin yang diketuai oleh Sarjan Jamil Mohd Shah. Pasukan ini diperkuatkan dengan 3 konstabal khas dan 4 polis campuran. Seramai 13 isteri dan anak-anak anggota polis pula tinggal di berek kelamin di belakang balai.




6. Kubu Margherita, Sarawak


Kubu Margherita telah dibina pada 1878 dengan kos 8,100 Dolar Spanish. Ia terletak di atas tebing Sungai Sarawak mengadap Pekan Kuching. Kubu ini dinamakan ‘Fort Margherita’ bersempena nama isteri Charles Brooke iaitu Ranee Margaret. Dengan kedudukan yang strategik, kubu ini berperanan sebagai tempat pertahanan utama Raja Brooke yang menghadapi tentangan berterusan dari penduduk pribumi. Selain itu, Kubu ini pernah dijadikan sebagai pengkalan bagi tentera Jepun pada tahun 1941.




7. Agnes Keith House, Sabah


Rumah ini pernah didiami oleh seorang penulis dari Amerika Syarikat, Agnes Keith pada 1939 yang terkenal dengan buku Land Below The Wind. Karya mendiang itu telah memasyhurkan Sabah sehingga ke hari ini di mana bukunya itu menceritakan secara jelas mengenai kehidupan masyarakat tempatan pribumi Sabah dan keindahan alam semulajadinya semasa pemerintahan British pada masa itu. Selepas itu, Agnes menulis dua buku lagi yang bertajuk Three Came Home pada 1946 dan White Man Returns pada 1951.

72 views
The Richworld Travel & Tours Sdn Bhd (1040443-P)(KPK/LN 7567)
Opening hours
Monday - Friday : 0900 hrs - 1800 hrs 
Saturday / Sunday/ Public Holiday - Closed​
Head Quartes

Suite 16.05, 16th Floor, Wisma Zelan, 
No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, 
Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Tel : +603-9174 7003 
Fax: +603-9174 7005 
Phone No: +6011 2004 8989
Visitor's Analytics

Our Terms & Conditions​

      ©2018 By Richworld Travel & Tours Sdn Bhd  Website All Rights Reserved.