Search

7 Makanan Tradisional Dari Setiap Negeri di Malaysia (Part 1)



Kelantan


Di negeri Kelantan ini terdapat satu jenis makanan yang sangat sinonim dengan kegemaran masyarakatnya iaitu “Nasi Kerabu”. Di mana didalam nasi kerabu ini antara bahan yang dimasukkan ialah “budu” dan ia dimakan bersama dengan ulam-ulaman. Uniknya makanan ini, ialah nasinya berwarna biru dan antara bahan-bahan lain yang dihidang bersama ialah lada sumbat, sambal ikan, isi kelapa yang digerong dan dikisar.




Pahang


Gulai asam rom atau rong ni kurang dikenali tapi ramai yang tahu namanya. Gulai asam rom diperbuat daripada buah perah atau biji getah yang dijemur sehingga kering dan di tumbuk serta di peram selama lebih kurang satu bulan. Ia dimasak bersama beberapa bahan tertentu seperti pucuk paku, keledek, daun jambal, terung pipit, terung telunjuk, dan kacang botol. Kunyit hidup pula ditumbuk bersama cili padi bagi menambah rasa pedasnya.




Penang


Laksa merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan). Bagaimanapun, setiap daerah mempunyai kuah khas yang dimakan bersama laksa memberikan nama yang tersendiri menurut di mana ia disediakan. Antara kuah laksa yang paling popular di Pulau Pinang ialah laksa kari dan asam laksa.




Johor


Lontong Jawa ni dikatakan berasal dari masyarakat jawa tengah di panggil "Tepo" boleh dikatakan sama macam nasi impit biasa tu cuma Lontong jawa di bungkus dengan daun pisang, bagi membangkitkan rasa dan aroma bau daun yang berlainan dari lontong biasa. Lontong jawa sedap dimakan dengan Sayur Lodeh ataupun dinamakan sebagai Kuah Masak lodeh. Antara komponen dalam kuah lodeh ialah kacang panjang, soo hoon, tempe, lobak merah dan lain-lain.




Sarawak


Mee kolok adalah makanan yg dibawa oleh masyarakat cina sarawak yg datang berhijrah ke sarawak. Mee kolok antara mee yg popular di Sarawak, dan semakin terkenal di kalangan masyarakat Melayu, walau bagaimanapun tidak banyak kedai makanan Melayu yang menghidangkan mee kolok dan terdapat sedikit pengubahsuaian rasa hidangan. Terdapat beberapa istilah yang merujuk kepada mee kolok iaitu mee kolok (Melayu), Kampua (Cina), Mi Rangkai dan mi kering (Iban).




Sabah


Berobok juga dikenali sebagai Barobbo, merupakan makanan tradisional bagi suku kaum Bugis di Sabah terutamanya di daerah Tawau. Barobbo merupakan sejenis bubur yang dicampur dengan bahan-bahan lain seperti jagung, ayam dan sayur-sayuran. Berobok sesuai dimakan pada bila-bila masa sahaja terutamanya sarapan pagi dan minum petang. Bagi mereka yang ingin mencuba makanan ini boleh mendapat di bahagian pantai timur Sabah terutamanya Bandar Tawau.




Perlis


Ringgi atau Emping nama bagi makanan Tradisi di negeri orang Perlis. Bahan yang digunakan ialah Padi Pulut muda yang di tumbuk sehingga nipis dan di jemur di hingga kering. Emping ini akan dapat dirasai sekali setahun sahaja iaitu pada musim timur. Ringgi yang siap dibuat akan dimakan bersama isi kelapa yang sudah diparut dan juga gula sebelum ia dibahagikan. Selalunya pembahagian dibuat menggunakan kaedah sukatan tradisional iaitu menggunakan kepoi ataupun gantang.

0 views
The Richworld Travel & Tours Sdn Bhd (1040443-P)(KPK/LN 7567)
Opening hours
Monday - Friday : 0900 hrs - 1800 hrs 
Saturday / Sunday/ Public Holiday - Closed​
Head Quartes

Suite 16.05, 16th Floor, Wisma Zelan, 
No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, 
Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Tel : +603-9174 7003 
Fax: +603-9174 7005 
Phone No: +6011 2004 8989
Visitor's Analytics

Our Terms & Conditions​

      ©2018 By Richworld Travel & Tours Sdn Bhd  Website All Rights Reserved.