Search

7 Makanan Tradisional dari Setiap Negeri di Malaysia (Part 2)




Kedah


Pekasam merupakan makanan tradisi yang popular di negeri Kedah. Biar sekalipun anda mengatakan bahawa negeri anda juga popular dengan pekasam, saya masih menyatakan bahawa pekasam negeri Kedah tetap yang istimewa. Jangan marah ya. Mungkin perbezaan itu terletak pada ikan yang digunakan. Jika di Kedah ikan puyu, haruan, lampam menjadi ikan yang sering digunakan untuk membuat pekasam.




Melaka


Asam Pedas memang terkenal di Melaka. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu Ia popular di Melaka. Terdapat juga di Melaka yang mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka. Kebiasaannya bahan-bahannya terdiri daripada, cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan, halia, lengkuas, serai, daun kesum, bunga kantan, asam jawa, asam gelugur atau daun limau purut.




Selangor


Kuih Bugis Mandi, juga dikenali sebagai Kuih Puteri Berendam, berintikan kelapa parut dan dihidang dengan kuah santan. Bahan-bahan bagi bebola kuih adalah tepung pulut, tepung sagu, santan cair, pewarna makanan, dan garam secukupnya. Untuk inti bahan-bahan ialah gula pasir, gula merah, tepung gandum, kelapa parut dan air, serta garam secukup rasa. Hidangan ini paling sesuai dimakan dalam keadaan yang sejuk.




Perak


Ikan pindang daun seniar: Tujuan ikan yang dibalut dan direbus adalah untuk melembutkan tulang ikan, masakan ini jarang didapati pada masa kini kerana penyediaannya memerlukan masa sekurang-kurangnya dua hari untuk proses keseluruhan. Rasanya enak hasil sebatian isi ikan seperti telah diperap dari bahan semasa merebusnya. Proses utama menyediakan makanan ini ialah merebus ikan yang dibalut dengan daun seniar terlebih dahulu selama 24 jam sebelum dimasukkan santan.




Terengganu


Masakan trasidional Terengganu dan lauk yang memang cukup sinonim di terengganu di mana sotong akan disumbat dengan beras pulut dan dimasak secara berkuah lemak. Hidangan ketupat sotong kebiasaannya dimakan dengan nasi putih. Ada juga sesetengah kedai yang menjual ketupat sotong ini sebagai hidangan santai waktu petang hari. Di terengganu, menu lauk ketupat sotong lebih dikenal dengan nama ‘tuppat sutong’ ataupun ‘sutong sumbak’.




Negeri Sembilan


Selain dimakan begitu saja, keropok kulit lembu juga boleh dibuat masak gulai lemak. Rasanya seperti makan lemak daging lembu atau tetel. Proses untuk membuat gulai kulit lembu yang segar agak remeh di mana kulitnya perlu disalai terlebih dahulu. Lepas proses menyalai, bulunya perlu dikikiskan sehingga bersih. Rendam kulit yang telah dibersihkan itu dan jemur di sehingga kering. Baru lah boleh mula memasak seperti gulai-gulai lemak yang lain!




Kuala Lumpur


Di sini, anda boleh jumpa pelbagai jenis makanan dari negeri yang berlainan dan kaum yang berlainan juga! Hal ini kerana Kuala Lumpur merupakan ibu kota dan kota yang terbesar di Malaysia. Rakyat Malaysia dari setiap negeri semua ada di sini untuk berkongsi makanan tradisional masing-masing.

0 views
The Richworld Travel & Tours Sdn Bhd (1040443-P)(KPK/LN 7567)
Opening hours
Monday - Friday : 0900 hrs - 1800 hrs 
Saturday / Sunday/ Public Holiday - Closed​
Head Quartes

Suite 16.05, 16th Floor, Wisma Zelan, 
No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, 
Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Tel : +603-9174 7003 
Fax: +603-9174 7005 
Phone No: +6011 2004 8989
Visitor's Analytics

Our Terms & Conditions​

      ©2018 By Richworld Travel & Tours Sdn Bhd  Website All Rights Reserved.