Search

7 Negara Yang Menyambut Hari Raya Aidilfitri Selain Malaysia!



Turki


‘Bayram’, adalah sebutan untuk Hari Raya di Turki di mana pada hari tersebut masyarakatnya akan memakai pakaian khas yang dinamakan Bayramlik. Apabila berjumpa, mereka akan memberi ucapan salam berbunyi, ‘Bayraminiz Kutlu Olsun’, ‘Mutlu Bayramlar’ atau ‘Bayraminiz Mubarek Olsun’ yang bermaksud selamat merayakan Hari Raya Bayram. Hal yang unik di Turki, hanya kaum lelaki sahaja yang bersembahyang Hari Raya manakala kaum wanita akan duduk di rumah.




Mesir

Di Mesir, Hari Raya Aidilfitri disambut selama tiga hari dan tiga hari ini diistiharkan sebagai cuti umum di negara tersebut. Hari Raya bermula dengan solat Raya yang akan dihadiri oleh kanak-kanak, golongan lelaki serta golongan wanita. Malah, di Mesir, Raya Aidilfitri diucap sebagai ‘Eid Mubarak’.




Bangladesh

Di Bangladesh, Aidilfitri digelar sebagai Eid al-Fitr, di mana perayaan ini akan menyaksikan cuti umum selama tiga hari dan Institusi pendidikan secara amnya akan ditutup selama seminggu. Bangladesh akan memulakan Raya dengan solat wajib, dan kemudian melawat rakan-rakan dan saudara-mara serta memberi zakat fitra.




Pakistan

Pada hari Raya, umat Islam di Pakistan akan berkumpul di kawasan terbuka seperti padang awam ataupun padang sukan untuk menunaikan solat Raya. Bukan itu sahaja, orang ramai diwajibkan memberi sedekah bagi pihak ahli keluarga mereka kepada golongan miskin sehari sebelum Hari Raya atau sekurang-kurangnya selepas solat Hari Raya. Perbuatan ini dipercayai akan memberi peluang kepada semua pihak untuk menyambut perayaan ini.




Indonesia

Di Indonesia, Aidilfitri dikenali sebagai Idul Fitri, dan popular sebagai Lebaran. Malam sebelum Idul Fitri dipanggil takbiran. Jalan raya dan musalla akan dibanjiri orang ramai sambil melaungkan takbir raya. Pelita atau minyak lampu pula akan dinyalakan di luar dan di sekitar kawasan perumahan di Indonesia, khususnya di kawasan luar bandar.




India

Manakala di India pula, malam sebelum Hari Raya dipanggil sebagai ‘Chand Raat’, yang bermaksud, "Malam Bulan." Wanita terutamanya golongan gadis muda akan memakai inai tradisional atau Mehndi, pada tangan dan kaki mereka sebagai tanda sambutan. Pada hari raya, banyak tempat-tempat popular di India seperti Masjid Mekah di Hyderabad, Aishbagh Idgah di Lucknow, Jama Masjid di New Delhi akan dijadikan sebagai tempat untuk meraikan raya.




China


Masyarakat China akan mengenakan baju khas Lebaran di mana kaum lelaki akan memakai jaket khas dan kopiah berwarna putih manakala kaum wanitanya memakai baju tebal dan tudung. Tradisi menziarah makam ayahanda dan bonda serta tokoh-tokoh Islam setempat akan dilakukan sebaik sahaja selesai solat Hari Raya dan makan bersama keluarga.

14 views
The Richworld Travel & Tours Sdn Bhd (1040443-P)(KPK/LN 7567)
Opening hours
Monday - Friday : 0900 hrs - 1800 hrs 
Saturday / Sunday/ Public Holiday - Closed​
Head Quartes

Suite 16.05, 16th Floor, Wisma Zelan, 
No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, 
Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Tel : +603-9174 7003 
Fax: +603-9174 7005 
Phone No: +6011 2004 8989
Visitor's Analytics

Our Terms & Conditions​

      ©2018 By Richworld Travel & Tours Sdn Bhd  Website All Rights Reserved.