Search

7 Negara Yang Waktu Puasanya Lebih Singkat Dari Malaysia!



1. Chili

Chili yang terletak di Amerika Syarikat ini tercatat sebagai negara dengan waktu puasa yang terpendek di dunia! Umat muslim di Chili berpuasa dari pukul 5.30 a.m. dan berbuka puasa pukul 3 p.m. Jadi, mereka hanya berpuasa selama lebih kurang 9 jam. Walaupun sekejap sahaja waktu berpuasa mereka, umat muslim di sana harus melaluinya dalam keadaan udara yang kering dan cuaca yang dingin.




2. Argentina

Populasi muslim di Argentina ini memang sedikit hanya sekitar 1.9% sahaja daripada seluruh penduduknya. Walaupun begitu suasana Ramadan tetap dapat dirasakan di negara ini. Penduduk Argentina yang beragama Islam di sini juga berpuasa dalam waktu yang secara relatifnya singkat iaitu hanya 9 jam 37 minit.




3. Afrika Selatan


Afrika Selatan juga memiliki waktu puasa yang pendek jika dibandingkan dengan negara-negara di Asia. Puasa hanya dilakukan selama 10 jam 30 minit saja, tapi tentu puasa di negara ini juga banyak dugaannya. Salah satunya ialah cuacanya yang sangat panas dan kering. Memang semestinya akan rasa lebih haus daripada penduduk di Malaysia.




4. Kepulauan Komoro


Kepulauan Komoro yang terletak di Samudera India ini adalah salah satu negara yang jumlah umat islamnya memang banyak. Kepulauan Komoro ini dikenali sebagai negara yang tidak mengizinkan alkohol masuk ke dalam negaranya. Di sini, umat islam harus berpuasa selama 12 jam 31 minit. Tambahan pula, situasi bulan ramadhan di Komoro tidak terlalu jauh dengan di Malaysia!




5. Antartika


Pernah terbayang keadaan berpuasa di Antartika? Benua yang terletak di paling selatan ini memiliki waktu puasa tercepat di dunia. Umat muslim yang berpuasa di Antartika berpuasa selama lebih kurang 8 jam 18 minit. Waktu imsaknya pun lebih lambat kerana imsaknya pada pukul 06.30 pagi dan berbuka puasa pada pukul 3.48 p.m. Walaupun sebentar puasa di Antartika, pastinya sangat susah disebabkan oleh cuacanya yang amat dingin.




6. Australia Barat

Benua Australia yang tidak begitu jauh dari negara kita juga melalui waktu puasa yang lebih cepat. Terutama di wilayah Australia Barat iaitu salah satunya ialah Perth. Di sini, durasi puasa hanya sekitar 11 jam 59 minit saja. Waktu imsaknya pun lebih siang dibandingkan Malaysia iaitu pukul 05.42 a.m.




7. Mexico


Mexico juga memiliki durasi puasa yang tidak terlalu berbeza dengan Malaysia. Umat islam di sini melakukan puasa wajib sekitar 13 jam 20 minit saja. Walaupun muslim di Mexico termasuk dalam kumpulan minoriti tetapi suasana bulan puasa boleh dirasakan di beberapa daerah.

9 views
The Richworld Travel & Tours Sdn Bhd (1040443-P)(KPK/LN 7567)
Opening hours
Monday - Friday : 0900 hrs - 1800 hrs 
Saturday / Sunday/ Public Holiday - Closed​
Head Quartes

Suite 16.05, 16th Floor, Wisma Zelan, 
No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, 
Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Tel : +603-9174 7003 
Fax: +603-9174 7005 
Phone No: +6011 2004 8989
Visitor's Analytics

Our Terms & Conditions​

      ©2018 By Richworld Travel & Tours Sdn Bhd  Website All Rights Reserved.