Search

7 PUSAT EKOPELANCONGAN YANG MESRA ALAM DI MALAYSIA



1. Taman Wetland Putrajaya


Taman Wetland merupakan tempat perlindungan hidupan liar yang telah menarik pelbagai jenis haiwan ke persekitaran tanah lembap terestrial ini. Beberapa spesies burung tempatan termasuk Little Egret, Little Green Heron dan Cinnamon Bittern, dan burung-burung migrasi telah ditemui. Pusat Penghayatan Alam pula menjadi tumpuan pendidikan awam mengenai ekopelancongan, memberikan maklumat mengenai sistem penapisan, pemuliharaan habitat dan juga memberi tumpuan kepada penggunaan produk di wetland ini.




2. Frangipani Langkawi Resort & Spa


Frangipani Langkawi Resort & Spa terletak di pantai berpasir putih yang menghadap Laut Andaman. Resort ini telah meraih beberapa anugerah berprestij, termasuk ASEAN Green Hotel Award 2014 serta Tripadvisor’s Top 25 Relaxation and Spa Hotels for Malaysia. Pihak resort telah menghasilkan kira-kira 300 cara untuk mengurangkan pelepasan karbon. Mereka juga telah membina sistem penapisan semulajadi yang menggunakan tumbuhan akuatik untuk merawat air sisa dan mengubahnya menjadi air minuman Gred-A.




3. Titi Eco Farm


Titi Eco Farm disahkan Organik di bawah National Association for Sustainable Agriculture, Australia. Ladang ini tidak pernah menggunakan baja kimia, racun perosak atau herbisida. Mereka kebanyakannya menanam tanaman seperti Kang Kong, Choy Sum, Kai Lan dan lain-lain. Mereka juga hanya menyajikan makanan organik yang menjurus kepada kehidupan organik, penjagaan persekitaran, pengurangan pelepasan karbon dan penjimatan tenaga. Produk mesra alam seperti syampu dan detergen enzim juga telah mereka hasilkan sendiri.




4. FRIM


Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) ialah agensi Kerajaan Malaysia, di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. FRIM menggalakkan pengurusan yang mampan dan penggunaan sumber hutan secara optimum di Malaysia dengan menjana pengetahuan dan teknologi melalui penyelidikan, pembangunan dan perlaksanaan di hutan tropika. Selain itu, FRIM juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan alam sekitar dan pemuliharaan kepelbagaian biologi hutan.




5. Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre


Pusat ini ditubuhkan untuk membantu memulihkan orangutan yang telah menjadi yatim piatu. Hutan dipterokarp bercampur menawarkan rumah semulajadi kepada orangutan, yang perlahan-lahan menjadi kurang bergantung pada pemberian susu dan pisang dua kali sehari di pusat dan akhirnya kembali secara sukarela ke hutan semulajadi. Sepilok juga dianggap oleh Jabatan Hidupan Liar sebagai pusat pendidikan yang berguna untuk mendidik pengunjung. Walau bagaimanapun, orangutan tidak dibenarkan untuk disentuh.




6. Vale Eco Centre


Vale Eco Centre ialah salah satu inisiatif pelaburan sosial Vale yang diilhamkan oleh komitmen dan nilai syarikat untuk melindungi planet ini. Pusat ini bertujuan untuk menjadi landasan pendidikan bagi anggota masyarakat tempatan dan masyarakat umum untuk mengetahui dan menghargai kepelbagaian biologi di Hutan Teluk Rubiah. Terdapat banyak spesies di pusat ini yang merangkumi lebih daripada 100 spesies tumbuhan hutan dipterokarp tanah rendah, 125 spesies burung, 28 spesies pepatung dan 8 spesies terumbu karang.




7. Bornean Sun Bear Conservation Centre


Bornean Sun Bear Conservation Centre (BSBCC) ialah kemudahan penyelamatan dan pemulihan beruang madu. Pada masa ini, terdapat 46 beruang yang tinggal di BSBCC. Kemudahan ini termasuk hutan besar yang tertutup untuk menyediakan persekitaran semulajadi yang sesuai dengan keperluan dan kebajikan beruang madu. Pelawat dapat mengetahui tentang beruang madu dan memerhati mereka. Pengunjung juga diberi peluang untuk membantu beruang madu secara sukarela di sini.

35 views
The Richworld Travel & Tours Sdn Bhd (1040443-P)(KPK/LN 7567)
Opening hours
Monday - Friday : 0900 hrs - 1800 hrs 
Saturday / Sunday/ Public Holiday - Closed​
Head Quartes

Suite 16.05, 16th Floor, Wisma Zelan, 
No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, 
Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Tel : +603-9174 7003 
Fax: +603-9174 7005 
Phone No: +6011 2004 8989
Visitor's Analytics

Our Terms & Conditions​

      ©2018 By Richworld Travel & Tours Sdn Bhd  Website All Rights Reserved.