Search

7 Sebab Hiking Menjadi Aktiviti Pilihan Rakyat Malaysia



1. Mengurangkan Pemikiran Negatif


Aktiviti hiking ini bagus untuk otak dimana ianya dapat membantu anda mengurangkan masalah selalu berfikiran negatif. Dalam satu kajian yang telah dijalankan, para pengkaji telah membandingkan dua kumpulan yang menyertai aktiviti hiking ini dalam dua kawasan yang berbeza – satu di kawasan bandar manakala satu lagi di kawasan semulajadi. Hasilnya, mereka yang meluangkan masa di kawasan alam semulajadi dapat mengurangkan pergerakan saraf bahagian otak yang memberi kesan terhadap masalah mental.



2. Meningkatkan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif


Aktiviti hiking biasanya akan mengurangkan pendedahan dan kebergantungan kita pada teknologi, seterusnya meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif. Dalam satu kajian oleh pakar psikologi Ruth Ann Atchley dan David L. Strayer menemui bahawa kemahiran berfikiran kreatif seseorang itu untuk menyelesaikan sesuatu masalah meningkat apabila sumbernya terhad. Hasil kajian ini mendapati alatan teknologi dan bunyi bising dibandar sebenarnya mengganggu dan menghalang manusia untuk lebih fokus dan berfikiran kreatif.




3. Bagus Untuk Kesihatan Tubuh Badan


Aktiviti hiking ialah antara aktiviti yang bagus untuk membakar kalori dengan pantas, kira-kira 400 hingga 700 kalori setiap jam bergantung pada jarak dan kesukaran aktiviti tersebut. Aktiviti ini juga sesuai untuk semua orang dengan pelbagai jenis saiz badan terutamanya yang berbadan besar jika dibandingkan dengan aktiviti sukan lain seperti berlari. Sekumpulan pengkaji daripada University of British Columbia mendapati hiking yang melibatkan latihan aerobic dapat mengurangkan masalah hilang memori ingatan.




4. Menguji Kekuatan Anda


Ya, memang benar mendaki gunung penuh dengan risiko bahaya seperti kekejangan, runtuhan salji, tanah runtuh, tergelincir dan sebagainya. Tetapi jika anda mendaki, Ia akan menguji kekuatan fizikal dan mental anda. Anda akan lebih kuat untuk menghadapi segala cabaran di masa akan datang. Cabaran ketika mendaki bukit dapat menguji cara pengendalian masalah anda. Bukan sahaja kekuatan fizikal, malah mental anda juga dicabar!




5. Merasa Rendah Hati


Apabila anda sampai ke puncak gunung, cuba toleh ke bawah. Kesemuanya kehidupan anda lihat seperti semut yang hakikatnya kita memang tersangat kecil. Anda akan terasa lebih insaf dan rendah diri walaupun anda kaya, berpendidikan tinggi, dan memiliki segala-galanya. Anda akan teringat pada pencipta segala alam dan berasa kagum dengan ciptaan-ciptaanNya.



6. Terapi semasa Menikmati Alam Sekitar


Terasa susah hati? Bosan? Terasa tertekan? Cuba mendaki bukit dan anda akan lebih menghargai diri anda sendiri dan waktu yang anda ada sekarang. Apabila anda meluang masa menerapikan diri dengan menikmati alam semulajadi. Anda akan berasa segar dan bertenaga selepas meluangkan masa bersama alam semulajadi. Apatah lagi apabila di atas bukit, pusat graviti semakin jauh dan menjadikan suhu makin rendah dan udaranya nyaman. Udara juga kurang pencemaran berbanding dengan atas jalan raya biasa




7. Menjadi kebanggaan untuk diri sendiri


Bukan mudah untuk sampai ke puncak gunung, bergantung juga kepada ketinggian gunung yang didaki. Tetapi jika anda berjaya melakukannya, ternyata anda seorang yang HEBAT! Pastinya dalam proses mendaki itu anda akan memikir untuk berpatah balik dan putus asa. Namun, apabila anda mengambil keputusan untuk melawan kehendak tersebut dan menghabiskan kembara anda, anda berhak untuk berbangga dengan pencapaian tersebut

0 views
The Richworld Travel & Tours Sdn Bhd (1040443-P)(KPK/LN 7567)
Opening hours
Monday - Friday : 0900 hrs - 1800 hrs 
Saturday / Sunday/ Public Holiday - Closed​
Head Quartes

Suite 16.05, 16th Floor, Wisma Zelan, 
No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, 
Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Tel : +603-9174 7003 
Fax: +603-9174 7005 
Phone No: +6011 2004 8989
Visitor's Analytics

Our Terms & Conditions​

      ©2018 By Richworld Travel & Tours Sdn Bhd  Website All Rights Reserved.