Search

7 Sebab Pelancong ASING Tertarik Dengan Negara Malaysia



Hutan


Malaysia mempunyai hutan yang menarik seperti Taman Negara Endau, Rompin, Gua Niah di Sarawak dan lain-lain. Kawasan ini dipromosikan disebabkan oleh keunikan dan keindahannya melalui iklan-iklan di media cetak dan media elektronik termasuklah di laman-laman web. Ringkasnya, promosi destinasi pelancongan alam semulajadi dalam usaha memperkenalkan destinasi menarik di Malaysia merupakan pemangkin Malaysia menjadi lokasi tarikan utama pelancong.




Kepelbagaian Kaum


Industri pelancongan tanah air dibantu oleh kepelbagaian kaum. Gabungan budaya masyarakat Melayu, Cina dan India telah berjaya meningkatkan kunjungan pelancong asing ke Malaysia. Selain daripada keharmonian antara kaum, Malaysia juga popular dengan variasi makanan dari kaum-kaum tersebut. Masyarakat Melayu misalnya terkenal dengan makanan seperti sate, ketupat dan rendang, kaum India pula hebat memasak kari, dan yang Cina mahir membuat nasi ayam hainan.




Pantai & Pulau


Malaysia juga mempunyai pantai-pantai yang menarik. Sebagai contoh Pulau Pinang, Pulau Tioman, Pulau Langkawi, Port Dickson, dan lokasi lain yang boleh dijadikan destinasi pelancongan keluarga. Tidak dilupakan pulau-pulau di Sabah dan Sarawak yang sangat indah disebabkan oleh kawasan pantai yang dijaga dan tidak terganggu oleh pembangunan bandar. Namun begitu, kawasan bandar Sabah dan Sarawak sudah maju ya!




Pusat Beli-belah


Malaysia juga popular dengan pusat-pusat beli-belah yang terkenal. Contohnya, KLCC di Kuala Lumpur, Mahkota Parade di Melaka, The Summit. Alamanda, Mid-Valley dan lain-lain. Barangan yang dijual di negara kita setanding dengan negara di luar negara. Selain itu, terdapat juga pelbagai kraftangan yang boleh dijadikan cenderamata. Pelancong sangat suka barangan kraftangan Malaysia kerana menarik dan terdapat pelbagai tawaran harga murah oleh pelbagai pihak.




Tanah Tinggi


Malaysia memiliki kawasan rekreasi di tanah tinggi yang mempunyai suhu sejuk seperti Cameron Highlands, Genting Highlands, Bukit Fraser dan banyak lagi. Di kawasan ini, para pelancong dapat menikmati keindahan alam semula jadi yang unik di samping melihat pelbagai tanaman hawa sederhana iaitu sayur-sayuran serta buah-buahan tropika. Kawasan ini boleh dikunjungi oleh pelancong yang ingin datang ke Malaysia tetapi tidak biasa dengan cuaca panas di sini!




Budaya sopan


Malaysia terkenal dengan rakyatnya yang berbudi bahasa. Amalan bertegur sapa, menghormati dan menguntum senyuman manis menarik pelancong berkunjung ke negara kita. Hal ini demikian, budaya kita sangat berbeza dengan budaya orang Barat. Jadi, pada mereka tingkah laku kita di sini adalah unik. Amalan rakyat Malaysia memanggil seseorang yang tidak dikenali sebagai uncle, kakak, adik dan sebagainya menjadikan kita semua seperti satu keluarga yang sangat besar.




Iklim Khatulistiwa


Kedudukan Malaysia di garisan khatulistiwa menawarkan iklim panas dan lembap sepanjang tahun. Cuaca demikian menjadi faktor tarikan pengunjung terutamanya dari negara yang beriklim sejuk seperti Eropah. Memang selesa duduk di kawasan garisan khatulistiwa kerana cuacanya sesuai untuk pelbagai aktiviti. Contohnya, apabila waktu petang yang panas, pelancong boleh pergi jalan-jalan di tepi pantai. Manakala kalau hujan pula, pelancong boleh pergi ke pusat beli-belah.

256 views
The Richworld Travel & Tours Sdn Bhd (1040443-P)(KPK/LN 7567)
Opening hours
Monday - Friday : 0900 hrs - 1800 hrs 
Saturday / Sunday/ Public Holiday - Closed​
Head Quartes

Suite 16.05, 16th Floor, Wisma Zelan, 
No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, 
Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Tel : +603-9174 7003 
Fax: +603-9174 7005 
Phone No: +6011 2004 8989
Visitor's Analytics

Our Terms & Conditions​

      ©2018 By Richworld Travel & Tours Sdn Bhd  Website All Rights Reserved.