Search

7 SEBAB RAKYAT MALAYSIA PERLU BERIADAH



1. Kesihatan fizikal


Aktiviti rekreasi luar khususnya, dapat melancarkan sistem dalaman seseorang individu kerana ia melibatkan banyak pergerakan. Corak kehidupan masyarakat yang semakin sibuk dengan kerja di pejabat yang persekitarannya berhawa dingin menyebabkan badan tidak berpeluh. Masyarakat perlulah memasukkan rekreasi dalam rutin harian mereka untuk memastikan badan mereka sentiasa cergas.




2. Kesihatan mental


Fikiran anda menjadi tenang apabila melihat keindahan alam sekitar. Kawasan yang mempunyai banyak pokok juga mengandungi udara yang segar dan bersih yang mampu mengurangkan tekanan. Situasi ini bertambah baik bilamana anda dapat bercampur gaul dengan masyarakat dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang yang berkongsi minat yang sama.




3. Menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar


Jungle trekking, misalnya, dapat mendekatkan lagi diri seseorang individu dengan alam semulajadi secara langsung. Individu akan lebih menghargai alam semula jadi yang semakin terancam pada masa ini apabila dia didedahkan dengan pelbagai spesis tumbuhan dan haiwan yang terdapat di kawasan tersebut. Seorang juru pandu yang bagus boleh membantu dengan menjelaskan tentang kebaikan spesis-spesis di kawasan tersebut.




4. Platform untuk bersosial


Jika Facebook antara medium komunikasi sosial yang semakin mendapat tempat di hati kebanyakan populasi penduduk dunia, aktiviti rekreasi juga tidak kurang hebatnya. Aktiviti ini mampu menjadi media yang merapatkan dan menemukan individu dari pelbagai latar belakang, negara, umur dan sebagainya. Individu yang berkongsi minat yang sama secara tidak langsung akan membina jaringan kolaborasi. Kolaborasi di sini bermaksud hubungan dan jalinan kerjasama dalam mana-mana bidang yang bersesuaian bagi setiap individu.




5. Mengukuhkan ikatan kekeluargaan dan kejiranan


Mana-mana kelompok keluarga atau jiran tetangga boleh melakukan aktiviti rekreasi bersama samada di kawasan kejiranan masing-masing ataupun ke destinasi percutian yang diminati. Tindakan ini akan lebih menggalakkan masyarakat untuk berriadah dan mengamalkan hidup sihat kerana kebanyakan orang lebih gemar melakukan sesuatu aktiviti apabila ditemani oleh teman yang rapat.




6. Sumber pendapatan


Bakat dan potensi diri yang telah dikembang melalui rekreasi boleh dimanfaatkan sebagai sumber pendapatan. Misalnya, apabila seseorang individu sudah menghafal jalan di sesuatu kawasan hutan rekreasi, dia boleh menjadi jurupandu arah. Individu yang telah lulus kursus renang dan menyelamat (Certified Life Guard) oleh Persatuan Penyelamat dan Kelemasan Malaysia pula boleh menjadi jurulatih di kolam-kolam renang seluruh negara.




7. Membina keyakinan diri


Pergaulan dengan para peserta aktiviti rekreasi yang lain juga mampu meningkatkan keyakinan diri seseorang individu dari segi kemahiran sosial, fizikal dan emosi. Kemahiran-kemahiran ini boleh digunapakai dalam mana-mana rutin kehidupan seharian seperti waktu pekerjaan atau sekolah, waktu membuat kerja yang berat, dan waktu perlu bersosial di luar.

58 views
The Richworld Travel & Tours Sdn Bhd (1040443-P)(KPK/LN 7567)
Opening hours
Monday - Friday : 0900 hrs - 1800 hrs 
Saturday / Sunday/ Public Holiday - Closed​
Head Quartes

Suite 16.05, 16th Floor, Wisma Zelan, 
No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, 
Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Tel : +603-9174 7003 
Fax: +603-9174 7005 
Phone No: +6011 2004 8989
Visitor's Analytics

Our Terms & Conditions​

      ©2018 By Richworld Travel & Tours Sdn Bhd  Website All Rights Reserved.