Search

7 Seni Bina Menakjubkan di Malaysia yang Tak Popular!



Bangunan Sultan Ibrahim


Seni bina bangunan ini menggabungkan kolonial serta Melayu dengan seni bina reka bentuk yang Saracenic dan menara menjadikannya mercu tanda di Johor Bahru. Bangunan ini telah direka oleh firma seni bina terkenal British, Palmer dan Turner yang juga bertanggungjawab dalam perancangan Hospital Besar Johor Bahru yang kini dikenali sebagai Hospital Sultanah Aminah serta beberapa mercu tanda penting di Singapura.




Mahkamah Majistret Batu Gajah


Menurut bukti yang ada, Batu Gajah sudah wujud sekitar tahun 1870 mengikut diari J. W.W. Birch, Residen Inggeris yang pertama di Perak. Beliau telah melawat Batu Gajah pada 30 April 1875. Beliau menamakan Batu Gajah sebagai sebuah perkampungan besar di tebing Sungai Kinta dan terdapat relau besar untuk mencairkan timah. Batu Gajah adalah nama yang diambil dari batu yang menyerupai seekor gajah. Beberapa versi telah dilaporkan.




Galeri Sultan Azlan Shah


Galeri ini memaparkan sejarah dan tonggak kehidupan termasyhur DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan. Tidak terlepas dari signifikansi sejarahnya, bangunan megah Galeri Sultan Azlan Shah menunjukkan perpaduan unik dari gaya arkitektur seperti atapnya unik berbentuk 'bumbung limas' dari nyeri, struktur bumbung begitu menarik seperti piramid, manakala bentuk keseluruhan adalah campuran estetika ciri tempatan dan kolonial.




Istana Jahar


Istana Jahar ialah antara istana yang menarik yang terdapat di sekitar bandar Kota Bharu. Malah Istana Jahar ini juga telah mula dibina dalam masa pemerintahan Sultan Muhammad II (1837-1886) setelah pembukaan bandar Kota Bharu dan pembinaan Istana Balai Besar. Tujuan pembinaan Istana Jahar oleh Sultan Muhammad II ini adalah untuk dikurniakan kepada cucundanya yang bernama Long Kundur Bendahara.




Masjid Kota Kinabalu


Masjid Kota Kinabalu mempunyai reka bentuk seni bina Islam kontemporari yang seakan-akan dengan Masjid Nabaqi di Madinah. Masjid putih yang menakjubkan ini dikelilingi oleh lagun buatan manusia. Ianya cantik, menenangkan dan boleh muat sehingga 12,000 jemaah di mana mereka kebanyakannya berkumpul di dewan sembahyang. Anda boleh menaiki bot dayung di mana anda akan melihat masjid di seberang air. Non-muslim juga boleh melawat masjid kecuali pada waktu azan/solat.




Church of the Holy Rosary


The Holy Church Rosary ialah bangunan pra-perang yang menakjubkan di tengah-tengah Kuala Lumpur. Menurut beberapa sumber, Gereja ini siap dibina pada tahun 1904 tetapi mengalami beberapa kerosakan semasa Perang Dunia II. Oleh itu, pengubahsuaian terhadapnya berlaku pada tahun 1950-an untuk membaiki bangunan ini. Rekabentuk gereja ini pada mulanya memang berbeza dari rupanya yang sekarang.




St. Andrews Church


Terhubung dengan gereja yang sedia ada, reka bentuk untuk gereja baru, bilik darjah dan kediaman pendeta perlukan keluasan sebanyak 28,000 kaki persegi. Satu siri halaman dibina di kawasan yang dikelilingi pokok-pokok dan gereja lain. Gereja ini dibangunkan di kawasan bukit hijau yang sedia ada untuk mewujudkan suasana yang hijau dan tenang. Kedudukan gereja ini menjadikannya kondusif untuk sebarang aktiviti keagamaan.

0 views
The Richworld Travel & Tours Sdn Bhd (1040443-P)(KPK/LN 7567)
Opening hours
Monday - Friday : 0900 hrs - 1800 hrs 
Saturday / Sunday/ Public Holiday - Closed​
Head Quartes

Suite 16.05, 16th Floor, Wisma Zelan, 
No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, 
Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Tel : +603-9174 7003 
Fax: +603-9174 7005 
Phone No: +6011 2004 8989
Visitor's Analytics

Our Terms & Conditions​

      ©2018 By Richworld Travel & Tours Sdn Bhd  Website All Rights Reserved.