Search

7 Tarikan Istimewa di Malaysia Sepanjang Ramadhan dan Syawal!



Bunga api


Sudah biasa bagi rakyat Malaysia untuk meraikan Hari Raya dengan salah satu perkara yang paling wajib iaitu bunga api! Jangan terkejut apabila mendengar letupan mercun atau melihat percikan api di langit, itu tanda-tanda bahawa Hari Raya semakin hampir. Bunga api bukan sahaja cantik untuk dilihat, malah ia menambahkan lagi semangat perayaan kita semua. Namun begitu, ibu dan bapa perlu sentiasa perhatikan anak-anak mereka ketika sedang bermain dengan bunga api.




Rumah terbuka


Adalah perkara biasa bagi sesetengah rakyat Malaysia untuk menjemput rakan-rakan, jiran-jiran, bahkan orang asing ke rumah masing-masing untuk meraikan bersama, terutamanya pada hari raya pertama. Inilah semangat rumah terbuka rakyat Malaysia! Ini cara yang bagus untuk mencuba pelbagai hidangan khas Hari Raya dan berseronok. Nantikan undangan rumah terbuka oleh Tokoh-tokoh tempatan yang popular, agensi Kerajaan, dan juga Perdana Menteri Malaysia.




Sajian hidangan lebaran


Rendang, ketupat dan sate ialah hidangan wajib Hari Raya. Ia tidak akan menjadi Hari Raya tanpa hidangan ini. Rendang ialah hidangan daging pedas yang diperbuat daripada daging, santan, cili, bawang dan sebagainya. Ketupat ialah sejenis kepalan nasi yang diisi dalam daun kelapa. Satay pula ialah daging yang diperap, dipanggang, dan dihidangkan dengan kuah kacang, timun dan bawang. Setiap negeri akan mempunyai versi resipi yang sedikit berbeza.




Kuih raya


Setiap rumah yang menyambut Hari Raya pasti akan mempunyai beberapa kuih raya untuk dihidangkan kepada para tetamu. Terdapat pelbagai jenis kuih raya dan makanan ringan, tetapi semuanya bersaiz kecil. Kek juga dihidangkan pada hari perayaan ini untuk memeriahkan lagi sambutan. Terdapat beberapa kek Hari Raya yang istimewa, mereka hanya membuat penampilan pada hari perayaan sahaja. Sebagai contoh, kek Lapis dan kek Hati Parek




Fesyen


Bagi orang Melayu, kita mempunyai pakaian tradisional kita yang dipakai semasa Hari Raya, iaitu Baju Melayu dan Baju Kurung. Anda boleh mencari kedua-duanya dalam pelbagai warna dan corak kain. Kunjungi ke pusat beli-belah pada bulan sebelum Hari Raya dan anda akan melihat semua reka bentuk yang trending. Sekiranya anda menunggu sehingga hari terakhir Ramadan untuk membeli pakaian anda, anda mungkin akan mendapat diskaun yang tinggi!




Dekorasi Hari Raya di pusat beli belah Hari Raya adalah masa yang tepat untuk menuju ke pusat beli-belah yang terdekat dan menyaksikan hiasan perayaan yang paling menakjubkan. Lampu bersinar, dinding hiasan dan pemandangan menarik akan membuat anda terasa suasana perayaan! Malahan, pusat-pusat beli-belah di Malaysia selalunya akan cuba untuk berlawan antara satu sama lain dengan hiasan dan aktiviti perayaan mereka. Memang aktiviti membeli-belah di Malaysia pastinya tidak membosankan!




Sambutan yang berlangsung sebulan


Paling best tentang sambutan hari raya di Malaysia ni ialah sambutannya berlanjutan selama sebulan! Memang hingga hujung syawal akan ada orang yang membuat rumah terbuka, masih menghidangkan kuih raya, dan memuatnaik gambar baju raya masing-masing. Best tak jadi rakyat Malaysia?

8 views
The Richworld Travel & Tours Sdn Bhd (1040443-P)(KPK/LN 7567)
Opening hours
Monday - Friday : 0900 hrs - 1800 hrs 
Saturday / Sunday/ Public Holiday - Closed​
Head Quartes

Suite 16.05, 16th Floor, Wisma Zelan, 
No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, 
Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Tel : +603-9174 7003 
Fax: +603-9174 7005 
Phone No: +6011 2004 8989
Visitor's Analytics

Our Terms & Conditions​

      ©2018 By Richworld Travel & Tours Sdn Bhd  Website All Rights Reserved.