Search

7 Tips Persediaan Awal Sebelum Anda Melancong Ke Luar Negara Yang Anda Kena Tahu

1. Kenali negara dan mata wang negara yang anda bakal lawati


Benda paling utama yang perlu anda lakukan adalah dengan mempelajari tentang negara yang anda akan lawati. Perkara yang anda perlu tahu adalah perbezaan nilai mata wang negara tersebut dengan nilai mata wang Malaysia. Anda juga perlu menyemak dan membuat senarai tempat-tempat menarik yang anda akan lawati serta penginapan yang bersesuaian dengan tempat yang anda kunjungi.


2. Tempah tiket penerbangan seawal 6 bulan


Salah satu kos yang terbanyak dalam melancong ke luar negara adalah tiket penerbangan. Tempahan tiket yang dibuat lebih awal kebiasaannya anda akan mendapat harga yang jauh lebih murah. Dengan itu, anda sudah dapat mengurangkan kos anda. Serta, dengan penempahan awal anda tidaklah tergesa-gesa dan boleh window shopping harga-harga tiket.


3. Semak musim dinegara yang bakal anda lawati


Melancong memang amat menyeronokkan, akan tetapi jika anda tidak menyemak musim yang sedang berlaku di negara yang anda ingin lawati, ianya akan merosakkan segala persediaan yang telah anda lakukan. Sebagai contoh anda tiba sewaktu musim salji dan tidak membawa pakaian yang bersesuaian, ianya pasti memberi masalah kepada anda. Anda mungkin perlu membeli baju thermal, sarung tangan, muffler, stokin dan sebagainya. Ini akan membuat bajet anda lari dari yang telah anda tetapkan. Oleh itu, rajinkan diri untuk mencari dan ketahui musim semasa di negara yang anda ingin lawati.


4.Bawa bekalan makanan yang mencukupi


Walaupun anda merancang untuk makan di kedai atau restoran luar, tetapi tidak banyak kedai atau restoran yang menyediakan makanan halal di luar negara. Kadangkala, untuk mencari makanan halal agak sukar. Oleh itu, sebagai persediaan awal anda perlu membawa bekal makanan yang mencukupi bagi mengelakkan anda kelaparan.


5. Sediakan itinerari sebelum melancong


Itinerari menjadi satu benda yang penting bagi melancarkan segala program percutian kita. Dengan adanya itinerari, kita akan lebih tahu destinasi yang seterusnya dan tahu kemana kita akan pergi sepanjang percutian. Selain itu, percutian kita juga akan lebih teratur dan tersusun.


6. Labelkan semua jenis ubat dan letakkan di dalam satu bekas


Tulis atau lekatkan senarai nama di bekas ubat anda. Ianya bagi memudahkan anda untuk tunjuk kepada imigresen jika ditanya. Ia memudahkan pegawai imigresen memeriksa kerana mereka juga mahu cepat. Selalunya mereka akan tanya samada kita nak declare apa-apa. Anda tidak perlu sorok apa-apa kerana itu akan membuat mereka lebih was-was terhadap anda, dan ini juga memudahkan anda untuk mengenali ubat anda sendiri.


7. Sediakan dan periksa tarikh tamat tempoh passport anda


Periksa tarikh tamat tempoh passport anda. Perbaharui passport anda jika tempoh sah kurang dari 6 bulan. Jangan renew passport anda di saat-saat akhir, jika anda tidak bernasib baik, anda tidak akan dapat nombor atau sistem pengurusan pejabat imigresen tidak dapat berfungsi. Selain pada hari bekerja, renew passport boleh dilakukan pada hujung minggu ahad atau sabtu di sesetengah tempat.


Konklusi


Pastikan anda benar-benar mengambil perhatian dan peka dengan perkara-perkara seperti di atas. Tips- tips ini akan banyak membantu anda sebagai langkah berjaga-jaga dan persediaan sebelum menhadapi sebarang kemungkinan pada masa akan datang.







0 views
The Richworld Travel & Tours Sdn Bhd (1040443-P)(KPK/LN 7567)
Opening hours
Monday - Friday : 0900 hrs - 1800 hrs 
Saturday / Sunday/ Public Holiday - Closed​
Head Quartes

Suite 16.05, 16th Floor, Wisma Zelan, 
No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, 
Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Tel : +603-9174 7003 
Fax: +603-9174 7005 
Phone No: +6011 2004 8989
Visitor's Analytics

Our Terms & Conditions​

      ©2018 By Richworld Travel & Tours Sdn Bhd  Website All Rights Reserved.