The Richworld Travel & Tours Sdn Bhd (1040443-P)(KPK/LN 7567)
Opening hours
Monday - Friday : 0900 hrs - 1800 hrs 
Saturday / Sunday/ Public Holiday - Closed​
Head Quartes

Suite 16.05, 16th Floor, Wisma Zelan, 
No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, 
Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Tel : +603-9174 7003 
Fax: +603-9174 7005 
Phone No: +6011 2004 8989
Visitor's Analytics

Our Terms & Conditions​

      ©2018 By Richworld Travel & Tours Sdn Bhd  Website All Rights Reserved.

Search

7 Tips Travel di Bulan Ramadan



1. Pilih destinasi yang siang/malam 12 Jam.


Anda perlulah memilih destinasi yang sesuai untuk di lawati ketika sedang berpuasa. Destinasi yang sesuai tidak semestinya bermaksud destinasi yang muslim-friendly. Sebenarnya, ia lebih bergantung kepada kemampuan anda sendiri. Andainya, anda mampu berpuasa lebih 20 jam sehari seperti di Iceland, bolehlah ke sana. Cubalah berpuasa di daerah yang mempunyai waktu berpuasa paling pendek, contohnya di Punta Arenas, Chile




2. Rancang perjalanan


Anda perlu merancang perjalanan anda supaya anda tak membazir masa dan tenaga semasa dalam perjalanan. Sebaiknya, sediakanlah itinerary yang tidak terlalu padat supaya tidak terkejar-kejar. Hindari aktiviti-aktiviti lasak atau yang tidak sesuai, seperti mendaki gunung dan scuba diving, dalam itinerary anda. Apa yang penting kaji tempat-tempat yang ingin anda lawati terlebih dahulu. Pastikan anda tahu pengangkutan yang ada dan tempoh masa yang diambil untuk ke destinasi anda.




3. Travel secara kumpulan


Elakkan travel berseorangan kerana anda akan rasa masa berlalu terlalu lambat. Namun, berbeza apabila meluangkan masa atau berjalan bersama kawan-kawan, sedar tak sedar, sudah lebih 2 jam dan sudah jauh rupanya anda berjalan. Mempunyai teman ketika travel sangat membantu untuk mengalihkan fikiran kita daripada berasa penat dan bosan. Selain itu, kos-kos seperti kos pengangkutan dan penginapan juga akan jadi lebih murah kerana boleh di kongsi bersama-sama.




4. Jangan tertinggal waktu sahur


Bersahur sangat penting untuk memastikan tubuh badan kekal bertenaga sepanjang hari. Kalau sudah namanya bercuti, tidak mungkin korang mahu melepak sahaja di bilik menunggu waktu berbuka. Jadi, untuk mengelakkan tubuh badan kepenatan, jangan tinggalkan sahur. Pilih makanan yang mampu memberi tenaga berpanjangan seperti kurma, roti serat tinggi, oats, pisang dan madu. Jangan lupa minum air secukupnya.




5. Jangan lupa periksa waktu imsak dan berbuka


Kalau bercuti ke luar negara, kenalah mengambil tahu tentang jadual berpuasa di sana. Mana mungkin sama dengan Malaysia. Jika ke negara jiran mungkin tempoh berpuasa tidak banyak beza, tetapi jika ke negara-negara musim sejuk, memang lain sangat. Jadi, buat persediaan yang sepatutnya. Anda boleh download Apps seperti ‘Muslim Pro’ yang boleh memberitahu anda waktu-waktu solat di hujung jari sahaja.




6. Bawa bekalan air dan kurma


Kalau sudah terlalu asyik berjalan, tidak mustahil korang terleka sehingga menghampiri waktu berbuka. Bukan semua tempat mudah mencari restoran atau tempat makan. Cara terbaik, bawa bekalan air mineral dan kurma untuk menggalas perut sebelum menikmati hidangan lengkap. Hal ini penting kerana anda mungkin akan rasa terlalu lapar dan akan memudaratkan kesihatan. Ianya akan jadi lagi satu masalah jika anda tidak ada insurans perubatan.




7. Stok makanan halal


Jika lokasi percutian korang pilih tu sukar untuk mencari makanan halal, sebaiknya bawa stok makanan halal siap-siap. Antara menu yang boleh dibawa ialah serunding, sambal ikan bilis, mi segera, biskut dan makanan dalam tin yang sesuai. Kalau tidak dimakan ketika berbuka, mungkin korang perlukan ketika mahu bersahur. Makan di hotel sahaja, tak perlu susah-sudah mencari kedai. Lagipun kedai-kedai makan di luar negara bukan macam di Malaysia yang ada dibuka sehingga 24 jam.

9 views