The Richworld Travel & Tours Sdn Bhd (1040443-P)(KPK/LN 7567)
Opening hours
Monday - Friday : 0900 hrs - 1800 hrs 
Saturday / Sunday/ Public Holiday - Closed​
Head Quartes

Suite 16.05, 16th Floor, Wisma Zelan, 
No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, 
Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Tel : +603-9174 7003 
Fax: +603-9174 7005 
Phone No: +6011 2004 8989
Visitor's Analytics

Our Terms & Conditions​

      ©2018 By Richworld Travel & Tours Sdn Bhd  Website All Rights Reserved.

Search

8 Destinasi Popular untuk Trip Anda ke JOHOR!



GALERI GLULAM, JOHOR BAHRU


Jika anda peminat seni binaan yang moden dan unik, boleh melihat sendiri kelainan yang ada pada Galeri Glulam. Berkeluasan 4.9 ekar, bangunan ikonik ini dimiliki oleh Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia. Ia telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records kerana mengguna glue-laminated timber (Glulam) sebagai bahan struktur binaan yang pertama berkonsepkan Iconic Timber Building berbentuk separa payung.




MUZIUM BUGIS, PONTIAN


Dimiliki oleh orang perseorangan, muzium ini mempamerkan koleksi peribadi yang banyak dipengaruhi oleh adat resam masyarakat Bugis merangkumi senjata lama, pakaian tradisional, perhiasan diri dan peralatan. Ia sering dijadikan tempat rujukan oleh pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi yang ingin mempelajari sejarah dan warisan Bugis.




PULAU AUR, MERSING


Terletak di sebelah pantai timur di daerah Mersing, Pulau Aur adalah khazanah yang cukup cantik. Sehinggakan anak jati Pulau Aur ini cukup berbangga dengan kecantikannya. Cuma harus diingat, seperti perkongsian blogger akukahtuah, tidak ada kaunter untuk beli tiket untuk ke Pulau Aur. Kena pandai-pandai cari bot sendiri. Bagi yang minat memancing di laut dalam, jangan lupa lepaskan peluang untuk merasai pengalaman memancing di Pulau Aur.




PULAU KUKUP & TAMAN NEGARA PULAU KUKUP, PONTIAN


Bagi yang suka dikelilingi oleh panorama menghijau, Pulau Kukup yang telah diwartakan sebagai Taman Negara Johor malah diiktiraf sebagai tapak Ramsar oleh Biro Persidangan Ramsar di Geneva wajib dikunjungi. Ia dipenuhi dengan pokok bakau yang memberi perlindungan dan makanan kepada hidupan laut secara tidak langsung memberi kelangsungan hidup nelayan di situ. Daya tarikan utama di sini adalah jambatan gantung yang merentangi Sungai Ular dan menara pemerhati.




KAHANG ORGANIC RICE ECO FARM (KOREF), KLUANG


Tempat ini merupakan ladang eko beras organik yang pertama seumpamanya dan menerima pengiktirafan sebagai Ladang Beras Organik di Malaysia. Ladang ini menawarkan pelbagai aktiviti ‘hijau’ dan lasak seperti memanjat gunung, day & night jungle trekking, river trail, bamboo rafting, drum rafting, tree climbing dan lain-lain. Menariknya, pengunjung berpeluang tinggal di chalet terapung, berkhemah di kawasan ladang dan boleh berkhemah di dalam hutan.




PUSAT REKREASI AIR PANAS LABIS, SEGAMAT


Berkonsepkan “Berubat Sambil Berekreasi” menjadikannya sebagai pusat riadah yang sesuai untuk seisi keluarga. Kandungan mineralnya yang tinggi mampu mengubat pelbagai penyakit kulit dan mengubati sakit lenguh-lenguh badan. Penat bermandi-manda, anak-anak boleh berhibur di taman permainan berbentuk labah-labah sambil melihat arca semut yang diletakkan dalam kawasan taman manakala yang dewasa pula boleh meregangkan badan di Outdoor Fitness Gym.




AYER HITAM, BATU PAHAT


Syurga beli-belah yang wajib dikunjungi jika ke Johor. Sepanjang jalan, ia dipenuhi dengan deretan kedai menjual pelbagai jenis makanan tradisional Johor, hasil-hasil kampung, perkakasan rumah, bunga tiruan serta aksesori hiasan daripada seramik. Jika ada yang berkenan di hati, boleh membuat tawar-menawar dengan pengusaha kedai lebih-lebih lagi jika membeli dalam kuantiti yang banyak.




ORCHID VALLEY, JOHOR BAHRU


Ladang orkid yang terbesar di dunia ini menanam lebih daripada 80 spesies orkid tropika di dalam kawasan seluas 10 ekar di kaki Gunung Pulai. Bagi peminat bunga jenis ini, memang rambang mata dibuatnya melihat bentuk dan warna bunga-bunga orkid yang ada di sini terutamanya spesies eksotik, liar dan jarang dijumpai. Jika ingin menanamnya, boleh membeli orkid ini dari kedai jualan yang disediakan dalam ladang.

28 views