The Richworld Travel & Tours Sdn Bhd (1040443-P)(KPK/LN 7567)
Opening hours
Monday - Friday : 0900 hrs - 1800 hrs 
Saturday / Sunday/ Public Holiday - Closed​
Head Quartes

Suite 16.05, 16th Floor, Wisma Zelan, 
No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, 
Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Tel : +603-9174 7003 
Fax: +603-9174 7005 
Phone No: +6011 2004 8989
Visitor's Analytics

Our Terms & Conditions​

      ©2018 By Richworld Travel & Tours Sdn Bhd  Website All Rights Reserved.

Search

8 Kategori Barang/Makanan Yang Boleh Dibawa Masuk Australia Tanpa “Declaration”

Tak semua barang dan makanan perlukan “declaration” atau dalam kata lainnya borang senarai yang perlu diisi apabila ingin memasuki sesebuah negara. Walau bagaimanapun, setiap negara mempunyai peraturan yang berlainan. Jom tengok barang apa yang boleh dibawa masuk Australia dengan serta-merta!




1. Coklat dan gula-gula


Kalau anda nak tahu, anda boleh bawa gula-gula sebanyak 10kg! Tapi, ianya perlu berada dalam pakej asalnya.




2. Kopi


Boleh dibawa masuk jika ianya masih dalam pakej asalnya:

· Kopi yang dipanggang, serbuk atau segera (10kg)

· Biji kopi yang dipanggang (10kg)

· Biji kopi hijau (5kg)

· Kopi Luwak yang dipanggang (1kg)




3. Kosmetik (termasuk sabun dan produk rambut)


Ini juga perlu dibawa dalam pakej asalnya, dan boleh dibawa sebanyak 10kg.




4. Jus dan minuman berkarbonat


Anda hanya boleh membawa minuman ini jika ianya boleh bertahan tanpa bantuan peti sejuk dan ia berada dalam pakej asalnya. Jus buah-buahan dan sayur-sayuran pula perlulah dipek dalam bekas yang kedap udara. Contohnya:


· Tin

· Botol/bekas kaca dengan penutup “twist-off”

· Bekas plastik yang tertutup dengan haba atau dengan penutup “double seam”

· Karton aseptik

· Pek plastik “retort”




5. Maple syrup, golden syrup, treacle




6. Keropok kentang




7. Teh (hitam dan hijau)


Hanya teh hitam dan hijau yang kosong atau dengan perasa sahaja yang boleh dibawa masuk ke Australia. Paketnya juga perlu dalam keadaan bersih dan belum dibuka. Teh yang mengandungi produk haiwan atau mikrob perlu dielakkan




8. Vegemite, Promite, Marmite, cheesymite, Nutella, mentega kacang

17 views