Search

8 Lokasi Paling Happening di Bandaraya Kuching



Kuching Waterfront


Lokasi paling happening di sini adalah di Kuching Waterfront. Terletak pada sepanjang tepian Sungai Sarawak, pelbagai tarikan yang menarik untuk dilawati di Kuching terletak di sini seperti tokong Cina yang tertua iaitu Tokong Tua Pek Kong serta monumen Charles Brooke. Sekiranya anda ke sini pada waktu siang, anda dapat menikmati pemandangan yang memukau jiwa Kubu Margherita, Astana dan perkampungan Melayu.




Pantai Damai


Bercadang untuk berkelah sewaktu berada di Kuching? Anda boleh memilih Pantai Damai sebagai lokasi untuk anda menebarkan tikar berkelah. Sambil menikmati juadah yang dibawa, anda dapat menyejukkan mata dengan pemandangan indah pantai ini yang cukup terjaga kebersihannya serta hutan hujan tropika yang mengelilingi Gunung Santubong. Kampung Kebudayaan Sarawak yang terletak hanyalah 10 minit perjalanan dari sini.




Kampung Kebudayaan Sarawak


Kampung Kebudayaan Sarawak adalah antara sebuah tarikan yang wajib dilawati di negeri ini. Terletak di dalam kawasan berkeluasan 17 ekar di kaki Gunung Santubong, muzium ini bukanlah sebuah muzium biasa. Ini kerana ia merupakan muzium hidup, sesuai dengan namanya, tidak ubah seperti kawasan kampung yang sebenar. Di sini anda dapat melihat secara realistik rumah-rumah unik etnik-etnik dan masyarakat yang terdapat di Sarawak.




Taman Buaya Jong


Anda seorang yang berjiwa berani? Jangan lupa untuk singgah ke taman buaya yang terbesar di Malaysia iaitu Taman Buaya Jong. Taman buaya ini menempatkan lebih daripada seribu ekor buaya yang mana kesemuanya setia menanti kedatangan anda di sebalik sangkar yang menjadi habitat mereka. Anda juga boleh melihat aksi buaya-buaya ini menyambar bangkai ayam yang digantungkan pada tali rentang pada waktu makan mereka.




Taman Orkid Kuching


Suka bunga orkid tapi tidak memiliki stamina yang tinggi untuk trekking di Taman Negara Kubah? Jalan mudahnya adalah dengan melawati Taman Orkid Kuching. Bukan sikit variasi orkid yang ada dalam taman ini, kerana kalau dikira, terdapat lebih daripada 80,000 orkid kesemuanya di atas tanah yang berkeluasan 15 ekar ini. Untuk sampai ke taman orkid ini anda perlu menyeberangi Sungai Sarawak menuju ke Jeti Pangkalan Sapi.




Muzium Sejarah Cina Sarawak


Dirasmikan pada tahun 1993 sebagai Muzium Sejarah Cina Sarawak, bangunan muzium ini sebenarnya meyimpan memori yang jauh lebih lama daripada itu. Struktur muzium ini telah dibina pada tahun 1912, sejak dari itu sehinggalah tahun 1921, bangunan ini digunakan sebagai mahkamah oleh masyarakat Cina. Kini, muzium ini meyimpan pelbagai bukti berkaitan sejarah masyarakat Cina sejak zaman pemerintahan Raja Putih.




Muzium Tekstil


Bangunan dengan seni bina Renaissance Inggeris ini pada asalnya merupakan Pusat Perubatan sebaik selesai pembinaannya pada tahun 1907. Kemudiannya, bangunan ini diambil alih untuk dijadikan Jabatan Pendidikan. Namun sejak Ogos 2000, bangunan ini telah dijadikan sebagai Muzium Tekstil yang mempamerkan kepelbagaian busana tradisional dan tekstil hasil tenunan etnik-etnik yang terdapat di Sarawak.




Islamic Heritage Museum


Islamic Heritage Museum merupakan sebuah tempat menarik di Kuching yang memaparkan kekayaan khazanah sejarah dan budaya masyarakat Islam di Nusantara. Muzium ini turut menyampaikan info tentang hubungan antara perkembangan Islam di pelusuk ini dengan kawasan lain di dunia. Bermacam informasi yang dapat anda ketahui dengan melihat pamerannya seperti sejarah Islam di Sarawak, senibina Islam, ilmu-ilmu Islam dan lain-lain.

20 views
The Richworld Travel & Tours Sdn Bhd (1040443-P)(KPK/LN 7567)
Opening hours
Monday - Friday : 0900 hrs - 1800 hrs 
Saturday / Sunday/ Public Holiday - Closed​
Head Quartes

Suite 16.05, 16th Floor, Wisma Zelan, 
No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, 
Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Tel : +603-9174 7003 
Fax: +603-9174 7005 
Phone No: +6011 2004 8989
Visitor's Analytics

Our Terms & Conditions​

      ©2018 By Richworld Travel & Tours Sdn Bhd  Website All Rights Reserved.