Search

8 Lokasi Terbaik Camping Bersama Keluarga Yang Korang Tak Pernah Tahu



1. Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu


Tempat rekreasi air terjun ini hanya dibuka pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Persekitaran sungai ini yang dikelilingi kehijauan dan air sungai menjadikan suasananya redup, tidak panas, dan berangin. Selain berkhemah, anda boleh melakukan aktiviti jungle trekking ke air terjun kira-kira 45 minit durasi naik. Untuk aktiviti berkhemah dan berkelah, pengunjung akan dikenakan deposit dan bayaran mengikut kepala.

Bayaran masuk: RM1, Deposit: RM150




2. Kem Sg. Pauh, Cameron Highland


Cameron Highland ialah pilihan terbaik bagi yang ingin merasai cuaca sejuk. Kem Sungai Pauh tidak memerlukan sebarang pendakian. Terdapat anak sungai kecil di persekitaran perkhemahan ini tetapi ia tidak sesuai untuk aktiviti bermandi-manda kerana airnya yang cetek. Kawasan ini juga dipenuhi dengan pokok konifer dan ada laluan yang pendek untuk trekking. Bilik mandi dan tandas juga disediakan di sini.

Bayaran 1 malam: RM2, Sewa tapak: RM 10 per pax



3. Tapak Perkhemahan LongSha, Pulau Kapas


Sesuai untuk mereka yang inginkan kembara bajet dan berkhemah sekitar pulau. Sewa perkhemahan hanya RM10 sahaja. Peralatan perkhemahan juga boleh disewa dengan bayaran RM5 sahaja. Pulau Kapas semakin menjadi pilihan kerana keindahan pantainya dan air laut yang biru. Tandas dan bilik air juga disediakan. Anda dinasihati untuk membawa insect repellent untuk memastikan tidur pada waktu malam tidak terganggu. Aktiviti yang boleh dilakukan ialah trekking, kayak dan snorkelling.

Sewa tapak: RM10




4. Pantai Kerachut & Teluk Kampi, Teluk Bahang


Kedua-dua pantai ini terletak di Taman Negara Pulau Pinang. Pantai-pantai ini menyimpan keindahan flora dan fauna yang menenangkan dan sesuai untuk menghayati alam sekitar. Anda boleh ke pulau ini dengan menaiki bot atau melalui jalan hutan yang disediakan. Aktiviti yang boleh dilakukan di sini termasuklah memancing ikan dan meneroka alam sekitar.

Tiada bayaran




5. Pantai Saujana, Port Dickson


Pantai Saunjana ialah salah satu pantai yang terkenal di Port Dickson. Ia menjadi pilihan ramai untuk aktiviti perkelahan, rekreasi dan perkhemahan. Pada waktu malam, terutama sekali pada hujung minggu, banyak khemah yang didirikan dan mereka melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan di tepi pantai. Selain itu, terdapat banyak gerai-gerai makanan di sekitar pantai jika anda terasa lapar pada waktu tertentu.

Tiada bayaran




6. Pasir Kubur, Sungai Lembing


Kawasan sungai ini terletak kira-kira 1 KM dari jalan utama Kuala Kenau. Kemudahan awam seperti tandas dan bilik persalinan agak sukar didapati di sini. Biasanya pengujung akan datang untuk berkhemah dan pulang pada hari yang sama. Ada juga segelintir keluarga atau sekumpulan kawan-kawan yang bermalam di sini. Kereta boleh dibawa masuk dan diletakkan di sekitar kawasan perkhemahan. Aktiviti perkhemahan di sini sesuai bagi pengunjung yang inginkan sedikit cabaran.

Tiada bayaran




7. Taman Botani Shah Alam


Terletak di Bukit Cahaya, Taman Botani Shah Alam. Terdapat sebuah tapak perkhemahan dalam hutan yang dipanggil Camar Rimba. Tapak perkhemahan ini mengelilingi sebuah tasik yang besar dan cantik. Tempatnya sesuai untuk pengunjung mengambil gambar pemandangan mahupun diri mereka sendiri. Terdapat beberapa kemudahan seperti tempat barbeku, amphitheater, bilik solat dan laluan trekking yang boleh digunakan secara percuma oleh pengunjung.

Bayaran masuk: RM3




8. Putrajaya Wetland


Tapak perkhemahan Taman Wetland Presint 13, Putrajaya sering menjadi pilihan aktiviti perkhemahan sekolah dan keluarga. Ia dilengkapi dengan fasiliti seperti bilik mandi, tandas, dewan makan dan surau. Tapak perkhemahan ini boleh muat sehingga 500 orang dalam satu masa. Harga sewa tapak di kawasan ini juga berpatutan dengan semua kemudahan yang disediakan dan tahap kebersihannya.

Bayaran 1 malam: +RM10 untuk malam seterusnya, Sewa tapak: RM25 per pax

3,333 views
The Richworld Travel & Tours Sdn Bhd (1040443-P)(KPK/LN 7567)
Opening hours
Monday - Friday : 0900 hrs - 1800 hrs 
Saturday / Sunday/ Public Holiday - Closed​
Head Quartes

Suite 16.05, 16th Floor, Wisma Zelan, 
No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, 
Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Tel : +603-9174 7003 
Fax: +603-9174 7005 
Phone No: +6011 2004 8989
Visitor's Analytics

Our Terms & Conditions​

      ©2018 By Richworld Travel & Tours Sdn Bhd  Website All Rights Reserved.