Search

8 'Reminder' PENTING Sebelum anda Balik Kampung



1. PASTIKAN RUMAH BERKUNCI


Periksa kunci di pintu rumah, Pintu bilik dan pintu pagar rumah anda. Ambil inisiatif untuk pastikan semua kunci masih berfungsi dengan baik. Jika ada pengawal keselamatan sekali pun anda tidak boleh leka dan terlalu bergantung kepada mereka. Jika anda memasang alat keselamatan seperti siren dan kamera litar tertutup, Pastikan ia mempunyai bekalan kuasa yang cukup untuk berfungsi.




2. PASANG LAMPU RUMAH


Jika anda mahukan keselamatan rumah yang terjamin dari pencuri atau sesiapa pun, pasang lampu automatik yang boleh menyala di waktu gelap dan padam di waktu matahari menyinar. Jadi orang yang lalu lalang di rumah anda akan fikir ada orang di rumah. Kita mesti sentiasa berwaspada kerana waktu raya ni memang banyak kes pecah masuk rumah berlaku.




3. BERSIHKAN RUMAH DARI SAMPAH


Sebelum balik kampung musim raya, buang sampah sarap yang boleh mengeluarkan bau busuk. Jika tidak banyak serangga seperti semut dan lalat yang datang bertandang ke rumah anda. Tikus pun akan buat sarang nanti! Jadi satu hal pula lepas balik dari kampung, perlu kemas rumah sendiri yang sudah menjadi lebih kotor pula.




4. TUTUP KEPALA TONG GAS


Jika anda memasak di rumah dengan gas silinder, Pastikan anda tutup kepala tong gas dengan penutup untuk mengelakkan kebocoran gas daripada berlaku. Memang sudah ada beberapa kes sebegini yang berlaku dan menyebabkan kebakaran dan membahayakan nyawa orang lain. Jadi, jangan ambil ringan tentang menutup kepala tong gas ni.




5. BERSIHKAN KOLAM/JANGAN BIAR AIR BERTAKUNG


Untuk mengelakkan sebarang pembiakan nyamuk, letakkan ubat jentik-jentik dikolah atau bekas simpanan air di rumah anda. Jika ada air yang tidak diperlukan pun, anda patut buang air itu dan bersihkan bekas tersebut. Silap-silap, balik rumah nanti kena panggil orang fogging pula!




6. SIMPAN BARANG BERHARGA


Seterusnya, pastikan anda simpan barang berharga di rumah dengan baik. Barang berharga seperti barang kemas, buku bank, geran rumah, geran kereta dan apa sahaja yang berharga wajib di tempat yang selamat seperti peti keselamatan atau bank ke. Anda juga boleh menggunakan alternatif lain, iaitu tempat persembunyian yang kreatif seperti dalam siling rumah, di laci stokin dan banyak lagi.




7. SERVIS KENDERAAN


Periksa kondisi enjin kenderaan anda. Periksa jika tekanan dan bunga tayar, gas penyaman udara, pengelap cermin dan lampu berfungsi dengan baik. Periksa paras air bateri kereta dan paras minyak hitam enjin. Memang nampak menyusahkan tapi, bak kata orang putih “better safe than sorry”! Pemeriksaan ini penting terutama sekali untuk anda yang duduk jauh dari kampung.




8. PAKAIAN UNTUK BERCUTI


Yang paling penting, balik kampung jangan lupa bawa pakaian terutamanya baju yang nak dipakai ketika sambutan raya nanti. Beli mahal-mahal sampai bersesak-sesak di Jakel, Jalan Tun Abdul Rahman dan Mood Republik tapi lupa bawa balik memang haru. Tak dapatlah nak bergaya depan saudara-mara sambil sembang harga tudung dan baju yang dibeli!

4 views
The Richworld Travel & Tours Sdn Bhd (1040443-P)(KPK/LN 7567)
Opening hours
Monday - Friday : 0900 hrs - 1800 hrs 
Saturday / Sunday/ Public Holiday - Closed​
Head Quartes

Suite 16.05, 16th Floor, Wisma Zelan, 
No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, 
Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Tel : +603-9174 7003 
Fax: +603-9174 7005 
Phone No: +6011 2004 8989
Visitor's Analytics

Our Terms & Conditions​

      ©2018 By Richworld Travel & Tours Sdn Bhd  Website All Rights Reserved.