Search

8 Tarikan Kebudayaan dan Bersejarah Paling Menarik di PULAU PINANG



1. Masjid Kapitan Kling


Masjid Kapitan Kling ini bina pada tahun 1801 oleh tentera East India Company yang beragama islam. Ia merupakan antara masjid terawal yang didirikan di Georgetown dan meminjam namanya dari ketua komuniti askar india muslim bernama Cauder Mydin Merican. Masjid ini merupakan masjid utama di negeri ini sebelum masjid negeri Pulau Pinang dibina. Masjid ini dibina bagi memenuhi keperluan ibadat masyarakat India Muslim di pulau ini.



2. Penang Time Tunnel


Satu destinasi menarik untuk anda berkunjung dengan keluarga untuk lebih mengenali sejarah Pulau Pinang dalam pendekatan yang berbeza dari biasa. Destinasi ini boleh dibahagikan kepada dua zon lawatan utama di mana zon pertama merupakan kawasan yang menceritakan perjalanan kemajuan Penang dari era penjajahan sehinggalah ke sekarang. Zon kedua pula merupakan kawasan yang lebih kepada tarikan santai untuk bergambar di mana terdapat beberapa lukisan mural 3D.




3. Pasar Pagi Stadium Negeri


Terletak di Jalan Stadium, pasar pagi ini seolah-olah seperti Memory Lane di Perak. Di sini terdapat gerai dan penjaja yang menjual makanan dan juga barangan fizikal lain seperti cd, dompet, novel lama, kasut lama, barangan antik dan sebagainya. Ada sesetengah orang setempat panggil tempat ini sebagai Pasar Karat dan ada yang panggil Road Walk. Bagi mereka yang gemar mencari barangan antik dan rare, boleh bawak duit banyak-banyak ke sini!




4. Padang Kota Lama


Padang Kota lama merupakan padang yang dibina oleh kerajaan British untuk tempat berkumpul dan berarak. Terletak dalam kawasan the Esplanade, Padang Kota Lama ialah antara tempat yang terawal ditubuhkan di Georgetown. Disebabkan ia berhampiran dengan laut, anda dapat merasa tiupan angin laut sambil berjalan di padang ini. Padang ini dikelilingi oleh Fort Cornwallis pada satu bahagian, Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, Jalan Padang Kota Lama dan Light Street.




5. Kilang Batik Penang


Dibuka pada tahun 1973 di Teluk Bahang, Kilang Batik Penang sudah lama menghasilkan pelbagai jenis produk batik yang menarik. Free tour disediakan setiap hari di kilang ini dimana anda dapat melihat bagaimana batik dihasilkan. Disini juga terdapat kedai dimana anda boleh membeli produk batik yang beraneka jenis. Jika anda mahu mereka batik anda sendiri anda boleh menyertai bengkel batik yang diadakan khas buat pelawat yang berminat.




6. Little India


Anda boleh menjumpai Little India Penang di Queen Street, George Town. Semasa berjalan di sini anda seolah-olah sedang berjalan di Delhi ataupun Chennai, memang satu pengalaman yang unik! Di sini juga terdapat banyak kedai yang menjual kain dan baju dengan harga yang berpatutan terutama sekali kain saree. Selain itu, anda boleh mencuba pelbagai jenis masakan India dengan harga yang murah seperti roti canai, thosai, nasi briyani, dan ayam tandoori.




7. Khoo Kongsi


Terletak di Jalan Acheh, Khoo Kongsi boleh dikatakan sebagai salah satu tarikan yang paling bersejarah dekat bandaraya George Town ini. Dibina sekitar 650 tahun yang lalu, Khoo Kongsi atau nama lainnya Dragon Mountain Hall telah dibina oleh orang tukangan yang didatangkan daripada negara China. Di dalam rumah ini terdapat mural-mural yang menggambarkan tarikh-tarikh kelahiran, patung-patung dewa dan banyak lagi.




8. Muzium Kamera Pulau Pinang


Kalau nak ke sini perlu menaiki kereta kabel di Bukit Bendera terlebih dahulu. Ringkasannya, muzium kamera ini satu-satunya yang ada di Asia Tenggara dan mula dibuka pada tahun 2013. Kini ia menjadi salah satu tarikan pelancong yang ingin lebih mendekati tentang sejarah kamera dan aksesori dari dahulu sampai sekarang. Terdapat pelbagai koleksi kamera lama dengan informasi menarik yang boleh anda lihat di sini. Kalau anda kaki photografi memang wajib datang ke sini ketika

0 views
The Richworld Travel & Tours Sdn Bhd (1040443-P)(KPK/LN 7567)
Opening hours
Monday - Friday : 0900 hrs - 1800 hrs 
Saturday / Sunday/ Public Holiday - Closed​
Head Quartes

Suite 16.05, 16th Floor, Wisma Zelan, 
No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, 
Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Tel : +603-9174 7003 
Fax: +603-9174 7005 
Phone No: +6011 2004 8989
Visitor's Analytics

Our Terms & Conditions​

      ©2018 By Richworld Travel & Tours Sdn Bhd  Website All Rights Reserved.