Search

8 Tempat Yang Anda TAKKAN PERCAYA Ada Di MALAYSIA



1. Selfie di BOLIVIA versi Malaysia


Pernah dengar Salar de Uyuni di Bolivia? Memang lebih kurang macam di sini! Bila tangkap gambar, dah tak nampak mana langit, mana bumi. Tempatnya? Dekat dengan Kuala Selangor, 1 jam dari KL. Istimewanya tempat ini sebab pemandangannya unik, cuma fenomena ini berlaku 5 hari sebulan sahaja. Nak ke sini, kena naik bot. Sebab ini bukan tepi laut. Orang sini panggil fenomena aneh ini Mirror In The Sky.

Lokasi: Sasaran, Kuala Selangor, Selangor




2. Tenangkan jiwa di taman JEPUN


Ada beberapa tempat menarik di Malaysia yang pemandangannya macam di Jepun. Ada yang bermusim, ada yang sepanjang tahun. Tapi kalau yang sentiasa macam di Jepun, kena pergi ke Colmare Tropicale. Sewa Kimono, lepas tu bergambar puas-puas. Perut lapar? Makan sushi. Badan letih? Rasa urut gaya Jepun kat Tatami Spa. Cukup untuk korang berangan konon-konon tengah berjalan di Jepun!

Lokasi: Bukit Tinggi, Bentong, Pahang




3. MALDIVES? Tioman kan ada


Kalau setakat suasana laut macam Maldives, kat Malaysia pun ada lah. Banyak pulau Malaysia yang airnya jernih sampai boleh nampak dasar laut – seperti di Maldives. Tioman, Langkawi, Semporna. Aiseh, banyak lagi sebenarnya. Jadi kita ambil contoh sikit saja. Yang di atas, view Japamala Resort, Tioman. Memang sangat indah dan cantik! Rugi kalau tak pergi.

Lokasi: Japamala Resort, Pulau Tioman, Pahang




4. Suasana macam di ENGLAND


Tarikan di Malaysia yang macam England pun banyak juga. Cuma salji tak ada. Tapi kalau setakat nak rasa macam kat sana tu boleh sangat. Ini contoh tempat menarik kat Malaysia yang nampak seperti di England. Tak mampu tidur di sini, minum petang sahajalah ya? Rekabentuk bangunan yang unik dan lain daripada bangunan di Malaysia ini yang menjadikan tempat ini sesuai anda melepaskan stress dari kehidupan sibuk di Bandar KL.

Lokasi: 30th Mile Ringlet Bertam Valley, Cameron Highlands, Pahang




5. Ambil gambar di ladang ala-ala NEW ZEALAND


Ni kat Malaysia tau, bukan New Zealand! Tempat tarikan Malaysia yang macam di New Zealand pun banyak sebenarnya. Kalau nak bergambar macam dalam iklan Fern Leaf memang perkara enteng! Tempat ini bukan sahaja ada lembu-lembu susu macam di New Zealand, tapi siap dengan pemandangan gunung dan kabus. Bila perut sudah lapar, boleh minum susu lembu segar atau beli aiskrim kat sini. Memang best!

Lokasi: Desa Dairy Farm, Kundasang, Sabah




6. Minum kopi, hayati bangunan seperti di PERANCIS


Bandar seperti pekan Perancis ini lebih bersih dan kemas. Hal ini kerana tempat ini kepunyaan Kumpulan Berjaya. Cuaca di sini lebih sejuk dari di KL, jadi ada lah sikit rasa macam di Perancis. Siap dengan clown busking kat tengah jalan. Tempat ini juga boleh dijumpai di Bukit Tinggi. Susunan dan rekabentuk bangunannya sangat sesuai untuk membuat latar belakang gambar.

Lokasi: Bukit Tinggi, Bentong, Pahang




7. Mini DISNEYLAND di Malaysia


Kalau setakat nak bergambar macam oversea, kat kawasan perumahan pun boleh. Tak percaya? Cuba pergi ke Kampar, Perak. Gambar di atas tu ialah di Disney Avenue. Kawasannya kecil dan tak ada banyak benda nak dibuat, tapi kalau setakat nak menyakat kawan dengan selfie glamor, boleh saja. Susunan warna bangunan yang pelbagai dan berkonsepkan pastel ini memang akan ceriakan hati pengunjung yang datang juga.

Lokasi: Disney Avenue, Kampar, Perak




8. CAMBODIA atau Miri?


Kita tutup senarai ini dengan tarikan yang di luar jangkaan yang merupakan tarikan di Kemboja juga! Fenomena ini jarang dilihat di Malaysia, iaitu fenomena ombak laut jadi biru bercahaya. Pemandangan ini ada terjadi di Pantai Trusan Miri, Sarawak. Dan dengar cerita, ada juga kata selain Trusan, fenomena air laut membiru bila malam ada kat pantai selain di Miri. Kejadian ini berlaku hanya pada waktu malam. Kata orang, cahaya itu datang daripada plankton.

Lokasi: Pantai Trusan, Miri, Sarawak

34 views
The Richworld Travel & Tours Sdn Bhd (1040443-P)(KPK/LN 7567)
Opening hours
Monday - Friday : 0900 hrs - 1800 hrs 
Saturday / Sunday/ Public Holiday - Closed​
Head Quartes

Suite 16.05, 16th Floor, Wisma Zelan, 
No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, 
Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Tel : +603-9174 7003 
Fax: +603-9174 7005 
Phone No: +6011 2004 8989
Visitor's Analytics

Our Terms & Conditions​

      ©2018 By Richworld Travel & Tours Sdn Bhd  Website All Rights Reserved.