Search

8 Tempat Yang Wajib Dikunjungi di Borneo Malaysia




1. Tasik Biru


Dahulunya, tasik biru merupakan lombong emas yang terkenal di Sarawak. Kini Tasik Biru menjadi destinasi pelancongan yang popular di Sarawak. Tasik biru dihidupkan semula dengan menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti tandas, kedai makan, taman rekreasi dan sebagainya. Ia dibuka kepada orang ramai yang ingin beriadah sambil menikmati udara segar sambil melihat sendiri tasik buatan manusia yang kebiru-biruan sambil merenungi sejenak sejarah yang tersirat di dalamnya.




2. Taman Negara Kuching Wetland


Anda seorang pencinta alam? Anda boleh melawat Taman Negara Kuching Wetland yang terletak berhampiran dengan Bandaraya Kuching. Untuk pengunjung, taman negara ini menawarkan pengalaman yang sangat menarik dengan persekitaran kayu bakau, dan pengunjung juga berpulang untuk melihat pelbagai jenis haiwan liar. Lebih menarik lagi, anda berpeluang untuk melihat secara langsung ikan lumba lumba irrawardy dan juga monyet proboscis sekiranya anda ke sini.




3. Taman Budaya Sarawak


Taman Budaya Sarawak sememangnya satu destinasi yang sangat terkenal buat pelancong yang berkunjung ke Bandaraya Kuching. Kawasan yang mempunyai keluasan 17 ekar dan terletak 45 minit perjalanan dari Bandaraya Kuching ini mempamerkan hampir keseluruhan keunikan Sarawak di dalam satu taman. Antara tarikan yang anda tidak boleh lepaskan di Taman Budaya Sarawak ialah hasil kraftangannya dan persembahan kebudayaan yang berlangsung 2 kali sehari.




4. Gua Fairy


Gua yang wujud sejak 100,000-150,000 tahun dahulu ini diberi nama sebagai Gua Fairy kerana struktur stalagmite di pintu masuk yang dikatakan menyerupai Dewa Cina. Gua ini juga terkenal bagi mereka yang gemarkan aktiviti rock climbing. Jika anda gemar untuk mengambil gambar, Gua Fairy merupakan lokasi yang sangat sesuai untuk tujuan tersebut kerana struktur batu di gua ini tersusun dengan cantik dan menarik. Kunjungi ke sini untuk ketahui tentang lagenda gua ini!




5. Pulau Manukan


Dengan lebih 200,000 lawatan setiap tahun, Pulau Manukan ialah pulau yang paling kerap dikunjungi oleh pelancong domestik dan antarabangsa. Jaraknya hanya 15 minit perjalanan dengan menaiki bot dari jeti terdekat. Pulau Manukan menjadi pulau paling terkenal bukan hanya kerana keindahannya. Ia mempunyai faktor lain yang luar biasa yang menjadikan pulau ini destinasi kegemaran ramai iaitu pantainya yang berpasir putih, kemudahan yang moden dan kawasan snorkeling terbaik.




6. Pulau Sapi


Di antara semua pulau yang berhampiran dengan Kota Kinabalu, Pulau Sapi merupakan antara pulau kegemaran pelancong. Bukan sahaja ia menawarkan pengalaman alam semula jadi, aktiviti baru seperti Coral Flyer menjadikan pulau kecil ini lebih menarik. Pulau Sapi hanya 25 hektar (10 ha) besar dan pulau kedua terkecil di Tunku Abdul Rahman Marine Park. Pengunjung menyukai suasananya yang kurang dikomersialkan dan setiap kemudahannya juga senang diakses.




7. Tambunan Rafflesia Forest Reserve


Rafflesia ialah salah satu tarikan utama di Sabah bagi pengunjung tempatan dan asing. Pusat Maklumat Rafflesia di Tambunan Rafflesia Forest Reserve ialah tempat untuk anda mencari juru pandu untuk membawa anda ke salah satu bunga ini. Adalah disarankan untuk memakai kasut trekking yang selesa untuk mengembara melalui trek yang agak mencabar. Pusat Maklumat Rafflesia dibuka setiap hari untuk pelawat dari pukul 8 pagi hingga 3 petang.




8. Rumah Terbalik Sabah


Tarikan di Sabah termasuklah Rumah Terbalik yang lengkap dengan perabot yang tergantung di siling. Rumah Terbalik ialah rumah terbalik pertama di Malaysia. Bangunan ini terletak di sepanjang lebuh raya utama menuju Gunung Kinabalu, arung jeram Sungai Kiulu dan semua daerah di pantai timur Sabah di Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli, daerah Tuaran. Rumah ini berdekatan dengan Tuaran Craft Villages, jadi anda juga pergi ke kedai cenderahati yang berdekatan

8 views
The Richworld Travel & Tours Sdn Bhd (1040443-P)(KPK/LN 7567)
Opening hours
Monday - Friday : 0900 hrs - 1800 hrs 
Saturday / Sunday/ Public Holiday - Closed​
Head Quartes

Suite 16.05, 16th Floor, Wisma Zelan, 
No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, 
Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Tel : +603-9174 7003 
Fax: +603-9174 7005 
Phone No: +6011 2004 8989
Visitor's Analytics

Our Terms & Conditions​

      ©2018 By Richworld Travel & Tours Sdn Bhd  Website All Rights Reserved.