Search

8 TEMPAT YANG WAJIB DIKUNJUNGI OLEH PENCINTA HAIWAN DI MALAYSIA

Updated: Feb 7, 2019




1. Zoo Negara


Negara Malaysia mempunyai lebih 5446 spesimen, termasuklah 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia, ikan tidak termasuk beruang Panda dari China. Kepada peminat haiwan boleh datang ke Zoo Negera bagi melihat pelbagai jenis haiwan yang pasti memberi satu pengalaman yang luar biasa. Zoo ini sedang dalam proses transformasi ke arah konsep zoo terbuka dengan lebih 90 haiwan diletak di dalam ruang pameran dengan landskap yang luas.




2. Farm in the City


Telah lama menjadi tumpuan para pengunjung tempatan dan ada juga dari luar, Farm In The City merupakan tarikan yang berkonsepkan petting zoo memberikan para pengunjung terutamanya kanak-kanak pengalaman menarik untuk menerokai serta merasai unsur-unsur hidupan dan set alam semula jadi. Selain itu, tempat ini juga boleh dianggap sebagai lokasi pelancongan yang berpotensi untuk memberi pendidikan serta peluang kepada para pengunjung untuk berhibur.




3. Taman Burung


KL Bird Park terletak di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur. Anda akan dapat berjalan menyusuri hutan hujan tiruan di dalam sangkar habitat burung seluas 20.9 ekar ini dan melihat burung-burung eksotik yang dikumpul dari seluruh dunia. Ianya juga merupakan taman burung terbuka yang terbesar di dunia. Di sini juga mempunyai pertunjukan binatang yang jinak dan pandai yang pasti membuatkan anak-anak teruja.




4. KL Tower Mini Zoo


KL Tower Mini Zoo terletak di sebelah kiri Menara KL, pelbagai haiwan yang boleh korang dan anak-anak lihat secara langsung, hinggakan dapat memberi makanan sambil mengajar anak-anak tentang binatang-binatang yang ada dalam mini zoo tersebut. Walaupun ada binatang yang berbisa, namun di pantau rapi oleh pihak Mini Zoo di sini. Antara binatang yang menjadi tarikan utama di sini adalah meerkat, burung kakak tua, ular dan banyak lagi.




5. Aquaria


Sepanjang perjalanan di Aquaria KLCC, tour guide akan sentiasa ada untuk memberi penerangan kepada anda mengenai kehidupan laut. Terdapat juga terowong underwater yang paling menjadi tumpuan semua kerana boleh melihat hidupan laut berenang di atas kepala kita. Selain itu, ada beberapa aktiviti yang boleh dilakukan di Aquaria KLCC untuk kanak-kanak seperti Cage Rage, Dive with Sharks, Sleep with Sharks, dan Feeding Sessions.




6. Taman Buaya Melaka


Taman yang dibuka pada tahun 1987 ini menempatkan pelbagai spesis buaya dari serata dunia, contohnya dari Amerika & India. Tempat peliharaan buaya ini direka seperti habitat yang membuatnya selesa bersantai di bawah cahaya matahari sepanjang hari. Selain itu, ada juga tarikan lain seperti taman tema air dan rumah hantu. Di Melaka ada banyak juga homestay, hotel dan rumah penginapan yang berdekatan dengan kawasan Taman Buaya ini.




7. Johan and His Cats Studio


Studio kucing yang menarik ini terletak di Setia Alam, Shah Alam. Di studio ini, anda berpeluang meluangkan masa bersama kucing-kucing selebriti di ‘Playground’ khas yang disediakan. Anda boleh menjumpai 20 jenis kucing yang berlainan dan terdapat juga kedai keperluan kucing. Sesuai untuk anda yang ingin mendapatkan nasihat daripada pakar kucing. Jika anda berminat untuk mengunjungi Studio Kucing 3 tingkat ini, anda perlu booking dahulu di laman web mereka.




8. PAWS Malaysia


Jika anda ingin melakukan kerja amal untuk haiwan, PAWS, yang terletak di Pilmoor Estate, Subang ialah tempat yang sangat sesuai. Anda boleh memilih untuk meluangkan masa dengan mana-mana haiwan yang disukai. Antara kerja yang boleh dilakukan ialah melayan haiwan dan membersihkan kawasan penginapannya. Tempat perlindungan haiwan ini dibuka pada setiap hari kecuali hari Rabu dan cuti umum dari 9 pagi ke 4 petang.

0 views
The Richworld Travel & Tours Sdn Bhd (1040443-P)(KPK/LN 7567)
Opening hours
Monday - Friday : 0900 hrs - 1800 hrs 
Saturday / Sunday/ Public Holiday - Closed​
Head Quartes

Suite 16.05, 16th Floor, Wisma Zelan, 
No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, 
Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Tel : +603-9174 7003 
Fax: +603-9174 7005 
Phone No: +6011 2004 8989
Visitor's Analytics

Our Terms & Conditions​

      ©2018 By Richworld Travel & Tours Sdn Bhd  Website All Rights Reserved.