Search

IPOH, antara bandar menarik dikunjungi. Mengapa ?

IPOH adalah sebuah bandar di Malaysia barat laut, yang dikenali sebagai pintu masuk ke stesen bukit Cameron Highlands. Di bekas Kelab Hakka Miners, Han Chin Pet Soo adalah sebuah muzium mengenai industri pertambangan timah dn masyarakat Hakka. Sam Poh Tong adalah kuil Buddha di dalam gua kapur. Di selatan, Kellie's Castle adalah rumah yang belum selesai yang dibina oleh penanam Scotland. Tenggara, gua yang dipanggil sebagai Gua tempurung yang luas mempunyai formasi batuan dramatik.



Ada apa dengan ipoh? Bila tengok ramai sangat share di media sosial tentang penyenaraian Ipoh di kedudukan ke 6 antara 10 bandar menarik di Asia, saya orang Ipoh sendiri pun terkesima sekejap.


Ipoh ni dari saya dibangku sekolah lagi kami panggil bandar ipoh ini adalah "bandar mati" kerana masuk je jam 9 malam pekan ipoh ini akan menjadi sunyi sepi seperti tiada penghuni hanya cengkerik, kereta, atau motor sahaja yang berbunyi.


Tapi itulah mungkin sebab saya hari-hari tinggal di sini maksud saya di Bandar Ipoh, jadi tak rasa sangat apa yang menariknya tentang Bandar Ipoh ini. Baiklah saya cuba cari dan senaraikan apa yang ada di Ipoh ini.



1. BANYAK TEMPAT TINGGALAN ZAMAN KOLONIAL



Perak negeri pertama menerima residen British dan yang pertama menerima pemodenan. Di kawasan pekan lama di Lembah Sungai Kinta itu memang bangunan kedainya je dua tingkat semua. Selain itu, produksi filem Hong Kong suka buat penggambaran di situ.



2. BANDAR BIJIH TIMAH TERBESAR DUNIA


Biji timah diproses untuk menghasilkan pelbagai produk bagi kegunaan kita. Contohnya, bijih timah diproses menjadi barang perhiasan. Selain itu, bijih timah digunakan untuk menyadur tin supaya tidak berkarat.


Dahulu semasa harga bijih timah tinggi memang ramai orang kaya di Ipoh ini, ramai yang membeli kereta Mercedes sampai saya ingat lagi ada lambang Mercedes besar atas bukit menghala ke Simpang Pulai dipacak syarikat Mercedes penghargaan kepada bandar Ipoh.




3. PADANG POLO DAN TAMAN DR.


Padang polo ini juga dikenali sebagai Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz. Namun, di kalangan masyarakat tempatan, ianya dipanggil sebagai Padang Polo oleh kerana lokasinya yang berhampiran Ipoh Turf Club. Dan di situlah telah diadakan larian ke-15 dalam siri Larian 40 Taman pada 29 April pada tahun 2012. Ini juga merupakan kali pertama Larian 40 Taman singgah ke negeri Perak.


Padang polo terletak di Jalan Tambun dan dikatakan mempunyai laluan joging yang terbaik di Ipoh. Malah, kami mendapat info yang Baginda Sultan Perak juga gemar berjoging si sini bila ada kesempatan.


Ini adalah 2 kawasan rekreasi paling popular. Padang Polo di Jalan Tambun tu sampai orang luar pun tahu jadi tempat lepak golongan satu alam, dua alam dan alam lain hehe.


Taman Dr sebelah Hospital Permaisuri Bainun atau dikenali sebagai Hospital Besar Ipoh adalah tempat keluarga beriadah hujung minggu, petang dan malam ada perlawanan bola sepak Liga Ipoh di situ.


Ada sebuah Taman Jepun disitu, mungkin ramai tak tahu Ipoh ini adalah Bandar berkembar dengan satu bandar di Jepun, Fukuoka kalau tak silap dan juga kini Taman Jepun itu sendiri sudah mula tular di Media Sosial.



4. KAFE DAN MAKANAN UNIK



Bandar Ipoh kini terdapat banyak kafe hipster. Saya tak tahu kenapa dipanggil hipster sebab dah banyak kafe konsep dan makanan sama, balik balik makanan western jadi konsep hipster tu dah tipis.


Cuma setiap kafe tata riasnya memang unik. Makanan-makanan kat Ipoh pun macam mi kicap, mi kari mat jasak, sate endut, laksa telur sarang, nasi ganja memang tak boleh jumpa di tempat lain.



5. GUA BATU KAPUR


Dulu bila bawa sepupu dari Johor berjalan di sini memang dia suka tengok bukit-bukit batu kapur yang banyak di bandar ni. Semua cantik-cantik.


Yang dah jadi tasik rekreasi macam Gunung Lang atau yang dah diubahsuai jadi tokong macam Perak Tong, Kek Lok Tong, Sam Poh Tong dan banyak lagi Tong yang ada.



6. PERKAMPUNGAN MELAYU TERBESAR MALAYSIA, PEKAN INDIA DAN CINA.


Mungkin ramai tak tahu Gugusan Manjoi tu kawasan kampung Melayu yang sangat besar sampai orang Ipoh sendiri pun boleh sesat dalam tu.


Kawasan Jalan Lahat pula ada banyak kedai barangan keperluan bangsa India yang akan sesak menjelang Deepavali.


Dan di seluruh Ipoh memang mejoritinya didalami bangsa Cina. Sebab tu kalau ada perayaan berganda Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina sambutnya sangat meriah disini berbanding tempat lain.



7. BANDAR BARU MERU


Rasanya ini kawasan yang paling pesat membangun di Ipoh. Selain terimal bas utama Amanjaya di sini, ada banyak butik pakaian, Mydin dan taman tema baru MAPS yang sudah dibuka pada tahun 2016.


Di sini juga ada kawasan air terjun dan hutan rekreasi Ledang Saiong yang baru dikomersilkan.



8. SESUAI UNTUK BACKPACKERS.



Kalau ikutkan kawasan-kawasan menarik di Ipoh ni terutama Pekan Lama tu boleh dijejaki hanya dengan berjalan kaki sahaja.


Dari Stesen Bas Medan Kid atau KTM ke Tugu JWW Birch singgah sarapan roti telur goyang di Medan Selera Dato Sagor. Kalau hari ahad menyongket (berjalan/singgah) sebentar di Loken lepas berjalan dari Masjid India dan Riverfront.


Tengah hari boleh makan Nasi Ganja sebelum singgah layan ais kepal pula di kawasan berhampiran Plan B.


Wah banyak juga benda yang ada di Ipoh ni! Hehe mungkin betul. Kadang-kadang bila kita pinjam mata orang luar, baru nampak apa yang menarik di tempat sendiri.


Okay lah kepada sesiapa yang nak datang ke Ipoh nanti. Selamat datang ke Ipoh. Ipoh mari tak sombong bro.

15 views
The Richworld Travel & Tours Sdn Bhd (1040443-P)(KPK/LN 7567)
Opening hours
Monday - Friday : 0900 hrs - 1800 hrs 
Saturday / Sunday/ Public Holiday - Closed​
Head Quartes

Suite 16.05, 16th Floor, Wisma Zelan, 
No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, 
Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Tel : +603-9174 7003 
Fax: +603-9174 7005 
Phone No: +6011 2004 8989
Visitor's Analytics

Our Terms & Conditions​

      ©2018 By Richworld Travel & Tours Sdn Bhd  Website All Rights Reserved.