Search

Langkah berjaga- jaga dari penyakit dan wabak



Setelah tularnya tentang wabak Coronavirus Wuhan, pastinya ramai yang risau dan takut. Kes yang dikesan didapati mempunyai gejala jengkitan saluran penafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas. Terdapat bukti yang menunujukkan boleh berjangkit dari seorang individu kepada individu yang lain (human-to-human transmission). Jadi , ini alternatif sebagai langkah berjaga-jaga supaya kekal selamat dan dapat mencegah diri dari virus berbahaya itu.


1. Memakai sarung tangan


Apabila keluar dari rumah, pakai sarung tangan tidak kira sarung tangan winter ataupun sarung tangan medikal. Pastikan anda memakainya ketika di dalam pengangkutan awan seperti LRT,MRT, bas dan seangkatan dengan itu. Ini kerana, di dalam pengangkutan awam terdapat macam-macam jenis pengguna yang menggunakannnya.


2. Elakkan sentuh mata atau muka


Sekiranya anda diperlukan untuk mencabut sarung tangan untuk makan ataupun bersalaman dengan orang, elakkan menyentuh muka atau mata. Jauhkan dari menyentuh muka sebelum basuh tangan. Sebelum memakai sarung tangan, pastikan anda cuci tangan menggunakan sehingga bersih.


3. Pastikan sarung tangan anda bersih


Elakkan memakai sarung tangan yang lembap atau basah. Juga, sentiasa basuh supaya sentiasa kekal bersih. Srung tangan lembap akan menarik habuk dan virus. Seeloknya anda membeli sarung tangan yang pakai buang, ia juga menyenangkan kerja anda.


4. Gunakan mask muka bersih


Jangan ulang memakai mask muka yang sama untuk berhari-hari. Ini kerana, mask muka yang digunakkan telah menarik bakteria. Jika seseorang batuk atau bersin berdekatan anda, minta mereka jauhkan diri daripada anda ataupun anda jauhkan diri anda daripada mereka.


5. Cuci tuala dengan kerap dan jangan kongsi


Dirumah, patikan tuala yang digunakan bersih dan cuci tuala sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Jangan kongsi tualan dengan ahli keluarga anda yang lain. Tuala yang lembap akan menarik bakteria dan virus.


6. Hati-hati dengan pemegang pintu atau tombol pintu


Jika boleh , elakkan gungakan tangan untuk memegang pemegang pintu, seeloknya gunakan siku untuk menjaga kebersihan . Kerap bersihkan pemegang pintu untuk pastikan tidak dejangkiti bakteria dan virus.


7. Asingkan sudu jika kongsi makanan


Jika anda berkongsi makanan, asingkan sudu untuk mengambil lauk untuk diletakkan ke dalam pinggan anda. Basuh sudu dan perkakas makanan hingga betul-betul bersih. Ini sangat penting kerana sudu tersebut akan dimasukkan ke dalam mulut dan boleh elakkan transmission.


8. Pastikan makanan yang dimakan bersih


Memandangkan punca virus masih di dalam kajian, pastikan makanan yang anda makan bersih dan tidak tercemar. Makanan yang dimasak perlu bersih dan dibasuh dengan betul untuk mengelakkan jangkitan virus.


9. Buka tingkap untuk udara


Virus tak dapat bertahan lama di dalam udara dan persekitaran yang bersih. Jika rumah anda terasa mendap, buka tingkap dan biarkan udara bersih masuk ke dalam rumah. Pengudaran yang bersih juga boleh membuatkan anda rasa lebih sihat dan 'fresh'


10. Jika ahli keluarga anda sakit, pastikan anda pakai mask dan sarung tangan


Jika anda perlu menjaga ahli keluarga dan rakan yang sedang sakit, pastikan anda hati-hati dan jaga kebersihan diri sendiri untuk elakkan jangkitan. Bawalah ahli keluarga anda yang sakit tersebut ke klinik yang berhampiran dan jangan biarkan ia berterusan.

9 views
The Richworld Travel & Tours Sdn Bhd (1040443-P)(KPK/LN 7567)
Opening hours
Monday - Friday : 0900 hrs - 1800 hrs 
Saturday / Sunday/ Public Holiday - Closed​
Head Quartes

Suite 16.05, 16th Floor, Wisma Zelan, 
No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, 
Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Tel : +603-9174 7003 
Fax: +603-9174 7005 
Phone No: +6011 2004 8989
Visitor's Analytics

Our Terms & Conditions​

      ©2018 By Richworld Travel & Tours Sdn Bhd  Website All Rights Reserved.