Search

Mari bongkar 8 PULAU di Malaysia yang super cantik tapi tidak popular



1. Pulau Aur


Pulau ini terletak di sebelah timur Mersing, Johor Bahru. Terdapat pelbagai spesies kehidupan laut di sekeliling pulau ini. Anda akan terpukau melihat beberapa kapal layar yang berhampiran dengan pulau ini yang menjadikan pemandangannya sangat indah. Pulau Aur bertindak sebagai pusat perhentian bagi nelayan-nelayan. Terdapat banyak aktiviti yang dapat dilakukan di pulau ini. Walaupun saiznya kecil, ia mempunyai banyak tempat untuk dipilih untuk melakukan aktiviti menyelam dan snorkeling.




2. Pulau Bohey Dulang


Terbentuk daripada letusan gunung berapi jutaan tahun dahulu, pemandangan yang disajikan di Pulau Bohey Dulang, Semporna, Sabah, cukup mengagumkan. Pulau ini mempunyai spesies baru karang dan ikan terbanyak di dunia. Pulau Bohey Dulang juga terkenal dengan pemandangan menarik dari bahagian atas puncaknya selain berpeluang memerhati burung. Di samping itu, snorkeling, selam skuba dan mandi-manda bersama pelbagai jenis ikan antara aktiviti wajib dilakukan saat bertandang ke sini.




3. Pulau Tenggol


Pantainya mempunyai jajaran pasir yang agak landai dan sesuai untuk mereka yang mempunyai anak-anak kecil bagi tujuan aktiviti air seperti mandi dan sebagainya. Berehat atau membaca buku di bawah pokok kelapa sambil menikmati angin laut di pulau ini dengan suasana yang lengang berbanding pulau lain tentu menyeronokkan bagi sesetengah individu. Oleh sebab kebanyakan mereka yang datang ke pulau ini hanya ingin melakukan selaman skuba, pantai di sana menjadi tidak sesak.




4. Pulau Rawa


Terletak kira-kira 16km dari pantai timur Johor, Pulau Rawa ialah sebuah pulau persendirian dan terpencil yang dimiliki oleh Kesultanan Johor. Di samping terkenal dengan pasir putih yang halus di pantai, pulau ini juga dikelilingi oleh terumbu karang yang dapat dilihat ketika snorkeling. Pulau Rawa dilindungi sepenuhnya dengan hutan tropika yang rimbun yang masih misteri dan menarik. Keindahannya, snorkeling, menyelam, berenang dan bersiar-siar, Pulau Rawa dapat menjadikan percutian ideal anda menjadi nyata.




5. Pulau Bum Bum


Pulau Bum Bum ialah sebuah pulau yang terletak berhampiran Semporna, sebuah bandar kecil di negeri paling timur Malaysia di Borneo Utara. Pulau ini merupakan salah satu destinasi yang banyak untuk island hopping di Sabah. Penanaman rumpai laut di Kampung Lok Butun, sebuah kampung di pulau Bum Bum telah dikenalpasti mempunyai potensi tinggi untuk dikomersialkan kerana permintaan ramai didorong oleh penggunaannya dalam pelbagai bidang termasuk pemakanan, ubat dan farmaseutikal.




6. Pulau Mataking


Pulau Mataking ialah sebuah pulau di Malaysia yang terletak di Laut Sulawesi di negeri Sabah. Pulau Mataking ialah rumah kepada ‘Pejabat Pos Dalam Laut’ yang pertama di Malaysia dan ianya berhubung dengan Pulau Mataking Kecil melalui tebing pasir yang sempit. Pulau ini milik peribadi Reef Dive Resort yang menampilkan chalet mewah dan pusat menyelam yang mengiringi penyelam yang melawat Sipadan.




7. Pulau Pemanggil


Kawasan tropika Pulau Pemanggil dapat merealisasikan imaginasi mereka yang sukakan laut dan ketenangannya. Ia juga terkenal dengan taman batu karang dan habitat ikannya. Mereka yang inginkan percutian yang tenang atau ingin mengembara ke laut akan menyukai Pulau Pemanggil dan khazanah yang dapat ditawarkan. Pulau Pemanggil juga terkenal untuk penangkapan ikannya. Selain itu, pemandangan kawasan berbatu dan berbukit di sini hampir seperti pemandangan mata burung




8. Pulau Gemia


Pulau yang merupakan jiran Pulau Kapas ini dikelilingi oleh batu-batuan dan sebahagian kawasan pantai, menyebabkan pulau ini sedikit terpencil. Snorkelling, trekking dan berkayak merupakan aktiviti lumrah yang disediakan di pulau ini, namun biasanya pelancong lebih gemar berehat dan menghabiskan masa dengan membaca buku di tepi pantai atau balkoni bilik. Pulau ini juga menjadi pusat perlindungan, tempat peliharaan sementara dan destinasi penyu dari spesis Agar untuk bertelur.

46 views
The Richworld Travel & Tours Sdn Bhd (1040443-P)(KPK/LN 7567)
Opening hours
Monday - Friday : 0900 hrs - 1800 hrs 
Saturday / Sunday/ Public Holiday - Closed​
Head Quartes

Suite 16.05, 16th Floor, Wisma Zelan, 
No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, 
Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Tel : +603-9174 7003 
Fax: +603-9174 7005 
Phone No: +6011 2004 8989
Visitor's Analytics

Our Terms & Conditions​

      ©2018 By Richworld Travel & Tours Sdn Bhd  Website All Rights Reserved.