The Richworld Travel & Tours Sdn Bhd (1040443-P)(KPK/LN 7567)
Opening hours
Monday - Friday : 0900 hrs - 1800 hrs 
Saturday / Sunday/ Public Holiday - Closed​
Head Quartes

Suite 16.05, 16th Floor, Wisma Zelan, 
No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, 
Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Tel : +603-9174 7003 
Fax: +603-9174 7005 
Phone No: +6011 2004 8989
Visitor's Analytics

Our Terms & Conditions​

      ©2018 By Richworld Travel & Tours Sdn Bhd  Website All Rights Reserved.

Search

Masjid - Masjid di Makkah


Masjid Jin

Dinamakan masjid Jin kerana di lokasi inilah sekelompok jin kafir pernah memutuskan berhijrah dan akhirnya memeluk agama islam. Peristiwa dahsyat ini bermula ketika Rasulullah SAW sedang melantunkan ayat-ayat Al-Quran di dalam masjid. Disebabkan suara beliau sangat merdu, para jin pun takjub kemudian perlahan mendekatkan diri pada Rasulullah SAW dan terus mereka menyatakan diri untuk memeluk islam di hadapan Rasulullah SAW Masjid ini terletak di dekat pemakaman Ma'lah di Mantiqah Al-Hajun. Jaraknya sekitar 3 kilometer dari Masjidil Haram.



Masjid Ji'ranah

Masjid ini terletak di sebelah Timur Laut kota Makkah dengan jarak sekitar 27 KM dari kota Makkah. Rasulullah SAW serta pasukan beliau yang berjumlah kurang lebih 12,000 berehat selepas perang Hunain di tempat ini. Di daerah ini Rasulullah beserta para sahabat dan pasukan berihram dan miqat umrah bersama-sama menuju kota suci Makkah untuk melaksanakan Tawaf Saie dan Tahallul.


Diriwayatkan bahawasanya pada malam Rabu hari ke-12 di akhir bulan Zulkaedah, Rasulullah SAW kembali ke Ji'ranah untuk niat ihram umrah, sehingga disimpulkan bahawasanya Masjid Ji'ranah merupakan tempat miqat umrah untuk penduduk tanah haram.



Masjid Syajarah

Masjid ini terletak berhampiran dengan Masjid Jin. Masjid jin terletak sebelah barat, Masjid Syajarah terletak di timur. Tempat ini Rasulullah SAW pernah memanggil pohon kayu, dan pohon kayu itu tercabut dari tempatnya untuk datang memenuhi panggilan Beliau. Kemudian Rasulullah SAW menyuruh pohon kayu tersebut untuk kembali tempat asalnya. Tempat itu pula akhirnya dibangun sebuah masjid yang dinamakan Masjid Syajarah, iaitu Masjid Pohon.



Masjid Khaif

Di masjid ini Rasulullah SAW dan nabi-nabi sebelumnya serta para sahabat pernah solat di dalamnya. Oleh kerana itu para khalifah dan pemimpin umat islam sangat memperhatikan kewujudan masjid ini.


Masjid Khaif mampu memuatkan lebih dari 35,000 jemaah solat dan masjid tersebut mempunyai menara yang sepanjang 45 meter serta mempunyai tempat wuduk dan tandas yang begitu banyak.



Masjid Namirah

Namirah diambil dari nama gunung yang terletak di sebelah barat masjid ini, sehingga kemudian disebut sebagai Masjid Namirah. Pada hari Arafah 9 Zulhijjah Rasulullah pernah membuat perkhemahan di tempat ini dan setelah terbenamnya matahari, Beliau pindah di Lembah Uranah. Rasulullah SAW berkhutbah dan solat zohor disana.


Pada pemerintahan Abbasiyah, Masjid Namirah dibangunkan. Masjid Namirah mampu menampung puluhan ribu jemaah dan mempunyai 6 menara setinggi 60 meter serta mempunyai ratusan tempat wuduk dan tandas.



Masjid Tanaim

Masjid Tanaim adalah satu tempat untuk miqat bagi penduduk Makkah dan para mukim (orang-orang yang bermukim di Makkah). Masjid ini pertama kali didirikan oleh Muhammad bin Ali Asy-Syafie kemudian dipulihkan beberapa tahap dan yang terakhir oleh Raja Fahd. Masjid ini merupakan tempat Miqat bagi penduduk tanah haram, terletaknya di arah utara kota Makkah sekitar 6.5 km dan merupakn tempat miqat yang terdekat dari kota Makkah.


Masjid Tanaim juga dikenal dengan nama Masjid Siti Aisyah. Penamaan masjid ini kerana pada tahun Ke-9 Hijriyah sewaktu Rasulullah melaksanakn Haji Wada, Sayyidah Aisyah binti Abu Bakar As-Siddiq sedang uzur atau berhalangan (haid) hingga tidak dapat melaksanakan umrah bersama.



Masjid Hudaibiyah

Hudaibiyah merupakan salah satu tempat yang bersejarah di kota Makkah. Di daerah ini pula menjadi perjanjian Hudaibiyah yang sangat terkenal dan bukti kelembutan sifat Rasulullah untuk mencegah terjadinya pertumpahan darah.


Daerah Hudaibiyah merupakan kawasan padang pasir yang luas dan merupakan kawasan tanah haram berjarak 22 km dari Masjidil Haram.


Di tempat ini terletak masjid tua yang hanya tinggal runtuhan saja. Masjid tersebut bersebelahan dengan masjid yang baru yang sering dijadikan tempat miqat umrah para penziarah. Masjid tua yang telah berusia lebih dari 14 Abad tersebut sebahagian dindingnya masih berdiri kukuh. Masjid tua ini sudah tidak mempunyai atap.


Semenjak masjid baru dibangunkan maka masjid yang bersejarah tersebut tidak dipergunakan lagi bahkan kesannya terlihat terbengkalai tanpa adanya pemeliharaan dan pemulihan sedikitpun dari pemerintah kerajaan Arab Saudi



Masjid Masy'aril Haram

Masjid ini terletak di Muzdalifah diantara Mina dan Arafah.

Menurut Ibnu Umar RA. yang dimaksudkan dengan Masy'aril haram adalah Muzdalifah seluruhnya. Sewaktu Rasululllah SAW melaksanakan haji wada, beliau menjamak solat Maghrib & Isyak di Muzdalifah.

Hadis riwayat Abu Ayyub RA. Bahawa ia pernah solat Maghrib dan Isyak bersama Rasulullah SAW di Muzdalifah pada haji wada.



12 views