Search

Mengenali warna Passport Malaysia.



Untuk ke luar negara, rakyat Malaysia perlu memiliki passport atau dokumen perjalanan yang berkaitan. Anda dah biasa lihat passport yang berwarna merah bukan? Tahukah anda wujud passport berwarna lain seperti biru, biru tua diberikan kepada rakyat kita mengikut beberapa kategori.



Passport Malaysia Antarabangsa (Buku Berwarna Merah)

Menurut laman web Jabatan Imigresen Malaysia, Passport Malaysia Antarabangsa merupakan satu dokumen perjalanan yang sah yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia kepada warganegara bagi maksud perjalanan ke negara-negara yang dibenarkan kecuali mendapat kelulusan khas bagi negara terlarang. Passport Malaysia Antarabangsa berwarna merah dan merupakan hak milik kerajaan Malaysia. Oleh sebab itu, passport boleh ditarik pada bila-bila masa dan mahkamah boleh mengeluarkan arahan supaya passport seseorang itu ditahan sekiranya mahkamah merasakan seseorang itu perlu dilarang keluar negara.



Pas Sempadan (Buku Berwarna Biru)

Bagi rakyat Malaysia yang bersepadan dengan negara asing pasti sudah biasa melihat buku berwarna biru muda ini. Ini adalah Pas Sempadan iaitu untuk Pas Sempadan Malaysia - Thailand dan Pas Lintas - Batas Indonesia.


- Pas Sempadan Thailand - Malaysia


Dikeluarkan kepada warganegara Malaysia dan penduduk tetap Malaysia yang berketurunan Thailand yang menetap lebih tiga tahun di Kelantan, Perlis, Kedah atau Perak. Tempoh sah laku adalah 6 bulan dari tarikh yang dimohon.


- Pas Lintas Batas Malaysia - Indonesia


Dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang menetap melebihi tempoh enam bulan di dalam daerah Pentadbiran Pensiangan, Tenom, Sipitang dan Tawau dalam negeri Sabah dan Lundu, Bau, Kuching, Serian, Simanggang dan Lubok Antu dalam negeri Sarawak. Tempoh sah laku adalah satu tahun dari tarikh mula dikeluarkan dan boleh digunakan untuk beberapa kali perjalanan. Kebenaran untuk berada di Indonesia tidak melebihi 30 hari untuk setiap kali masuk.


Passport terhad ke Brunei (Buku Berwarna biru tua)


Passport ini dikeluarkan kepada warganebgara Malaysia yang menetap di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan untuk perjalanan ke Brunei Darussalam. Permohonan boleh dilakukan di Pejabat-pejabat Imigresen di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Tempoh sah lakunya ialah lima (5) tahun dari tarikh dikeluarkan.



Surat Perjalanan penganti passport untuk berkumpulan (buku berwarna hijau)



Ada juga yang memanggilnya sebagai 'pasport' berkumpulan. Menurut Jabatan Imigresen Malaysia. Dokumen Perjalanan Kumpulan menggantikan pasport merupakan dokumen perjalanan yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia untuk perjalanan secara berkumpulan (had minima 5 hingga had maksima 20 orang) ke negara-negara ASEAN sahaja kecuali negara Filipina dan Indonesia. Tempoh sah lakunya ialah sembilan (9) bulan dari tarikh yang dikeluarkan dan untuk sekali perjalanan sahaja.


Kalau sesiapa nak pergi beramai-ramai melancong ke negara ASEAN kecuali Filipina dan Indonesia tu , sesuai buat dokumen perjalanan kumpulan kalau masing-masing tak ada passport. Lebih jimat kalau berkongsi bayar ramai-ramai kan.

44 views
The Richworld Travel & Tours Sdn Bhd (1040443-P)(KPK/LN 7567)
Opening hours
Monday - Friday : 0900 hrs - 1800 hrs 
Saturday / Sunday/ Public Holiday - Closed​
Head Quartes

Suite 16.05, 16th Floor, Wisma Zelan, 
No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, 
Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Tel : +603-9174 7003 
Fax: +603-9174 7005 
Phone No: +6011 2004 8989
Visitor's Analytics

Our Terms & Conditions​

      ©2018 By Richworld Travel & Tours Sdn Bhd  Website All Rights Reserved.