Search

Sunnah Sunnah Nabi SAW



1. Memelihara Wudhu

Menjaga wudhu merupakan sunnah yang nampak mudah tapi sulit untuk dipraktikkan.


Hadis yang diriwayat dari Thauban R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda, 'Istiqamahlah (konsistenlah) kalian semua (dalam menjalankan perintah Allah) dan kalian tidak akan pernah dapat menghitung pahala yang akan berikan. Ketahuilah bahawa sebaik-baik perbuatan adalah solat, dan tidak ada yang selalu memelihara wudhunya kecuali seorang mukmin.' (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)




2. Sebelum tidur berwudhu terlebih dahulu dan tidur miring ke kanan

Sebuah hadis yang diriwayatkan dari Al Bara' bin Azib R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda,


'Jika kamu hendak tidur, maka berwudhulah seperti hendak solat, kemudian tidurlah dengan posisi miring ke kanan dan bacalah, 'Ya Allah, Aku pasrahkan jiwa ragaku kepada-Mu, aku serahkan semua urusanku kepada-Mu, kerana cinta sekaligus takut kepada-Mu, tiada tempat berlindung mencari keselamatan dari (murka)-Mu kecuali kepada-Mu, aku beriman dengan kitab yang Engkau turunkan dan dengan nabi yang Engkau utus'. Jika engkau meninggal, maka engkau meninggal dalam keadaan fitrah. Dan usahakanlah doa ini sebagai akhir perkataanmu.'(HR. Al-Bukhari dan Muslim)


Kalau kita membiasakan sunnah yang satu ini, sudah tentu kita akan sentiasa tidur dengan aman, tenang dan suci kerana semua hal yang ada sudah kita pasrahkan kepada Allah.




3. Mendahulukan kaki kanan waktu memakai sandal dan melepaskannya dari kaki kiri

Diriwayatkan dari Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda,


'jika kalian memakai sandal maka dahulukanlah kaki kanan, dan jika melepaskannya, maka dahulukanlah kaki kiri. Jika memakainya maka hendaklah memakai keduanya atau tidak memakai keduanya sama sekali.' (HR. Al-Bukhari dan Muslim)




4. Bersiwak

Bersiwak itu seperti gosok gigi, bezanya kalau bersiwak itu menggunakan kayu yang disebut kayu sugi. Ada hadis yang menyebutkan tentang bersiwak ini, seperti yang diriwayatkan dari Aisyah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda,


'Siwak dapat membersihkan mulut dan sarana untuk mendapatkan redha Allah. '(HR. Ahmad dan An-Nasa'i)


Selain hadis di atas, ada satu hadis lain yang juga menyebutkan tentang bersiwak. Rasulullah SAW juga bersabda,


'Andaikata tidak memberatkan umatku nescaya aku memerintahkan mereka untuk bersiwak setiap kali hendak solat.' (HR. Al-Bukhari dan Muslim)


Kita disunnahkan untuk bersiwak setiap saat, terutama ketika sebelum berwudhu, sebelum solat, sebelum membaca Al-Quran, atau bila bau mulut tidak sedap.




5. Berkumur-kumur dan menghirup air dengan hidung dalam satu cedukan telapak tangan ketika berwudhu

Diriwayatkan dari Abdullah Bin Zaid R.A, Bahawa Rasulullah SAW berkumur-kumur dan menghirup air dengan hidung secara bersamaan dari satu ceduk air dan itu dilakukan sebanyak tiga kali. (HR. Al-Bukhari dan Muslim)




6. Bersegera menuju solat

Diriwayatkan dari Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah bersabda,


'Andaikata umat manusia mengetahui pahala di balik azan dan berdiri pada saf yang pertama kemudian mereka tidak mendapatkan bahagian kecuali harus mengadakan undian terlebih dahulu nescaya mereka membuat undian itu. Andaikata mereka mengetahui pahala bersegera menuju masjid untuk melakukan solat, nescaya mereka akan berlumba-lumba melakukannya. Andaikata mereka mengetahui pahala solat isya' dan subuh secara berjemaah, nescaya mereka datang meskipun dengan merangkak.' (HR. Al Bukhari dan Muslim)




7. Solat Istikhara

Jika anda dilema dalam menentukan pilihan, ada satu sunnah yang anda harus lakukan iaitu solat istikharah. Kita memohon kepada Allah untuk ditunjukkan mana pilihan yang terbaik mengikut Allah, bukan mengikut kita. Seperti disebutkan dalam sebuah hadis di bawah ini.


Diriwayatkan dari Jabir R.A bahawa ia berkata,


'Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita tata cara solat istikharah untuk segala urusan, sebagaimana beliau mengajarkan surat-surat Al-Quran kepada kami.'(HR. Al-Bukhari)




8. Berbuka puasa dengan kurma

Diriwayatkan dari Anas Bin Malik R.A, ia berkata,


'Rasulullah SAW berbuka puasa sebelum solat maghrib dengan beberapa buah kurma basah. Jika tidak ada maka dengn beberapa kurma kering. Jika tidak ada, maka beliau hanya meminum beberapa teguk air.'(HR. Ahmad, Abu Dawud dan At-Tirmidzi)




9. Sujud syukur apabila mendapat nikmat atau terhindar dari bencana

Sujud syukur biasanya dilakukan seseorang ketika dia mendapat nikmat dari Allah.


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abu Bakrah R.A ia berkata,


'Jika Rasulullah SAW mendapatkan sesuatu yang menyenangkan atau disampaikan khabar gembira maka beliau terus sujud syukur kepada Allah.'(HR. Abu Dawud, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah).




Mengucap salam/izin tiga kali sebelum melawat

Melawat juga ada adabnya, tidak boleh sebarangan memasuk rumah tanpa izin dari pemilik rumah. Ketika melawat, kita hanya dibolehkan sebanyak 3 kali untuk meminta izin/salam, atau mengetuk pintu. Jika lebih dari itu, maka lebih baik kita pulang, sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadis.


Rasulullah SAW bersabda,


'Adab meminta izin itu hanya tiga kali, jika tidak dizinkan maka seseorang itu harus pulang.'(HR. Al Bukhari dan Muslim)




Solat Dhuha

Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi, Rasulullah SAW bersabda,


'Solat dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kemiskinan, dan tidak ada yang memelihara solat kecuali orang-orang bertaubat.'(HR. Tirmidzi)





Solat Tahajjud

Solat dhuha merupakan solat sunnah pada pagi hari, maka pada malam harinya boleh mengerjakan solat tahajjud.


Seperti sabda Rasulullah SAW,


'Sedekat-dekat hamba kepada Allah adalah pada tengah malam terakhir. Apabila engkau termasuk golongan orang berzikir mengingati Allah pada waktu itu, maka lakukanlah.'(HR. Al-Hakim)




Solat berjemaah di masjid

Rasulullah SAW bersabda,


'Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik, adalah solat isyak dan solat subuh. sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, mereka pasti mendatangani keduanya, sekalipun dengan merangkak.'(HR. Bukhari-Muslim).




Membaca dan mempelajari Al Quran

Rasulullah SAW bersabda,


'Allah berfirman:


'Barangsiapa sibukkan dengan mengkaji Al-Quran dan menyebut nama-Ku, sehingga tidak sempat meminta kepada-Ku, maka Aku berikan kepadanya sebaik-baik pemberian yang Aku berikan kepada orang-orang yang meminta. Dan keutamaan kalam Allah atas perkataan lainnya adalah seperti, keutamaan Allah atas makhluk-Nya.'(Riwayat Tirmidzi).




Berzikir kepada Allah

Rasulullah SAW bersabda,


'Perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya dan orang yang tidak berzikir, seperti orang yang hidup dan orang yang mati.'(HR. Bukhari).



5 views
The Richworld Travel & Tours Sdn Bhd (1040443-P)(KPK/LN 7567)
Opening hours
Monday - Friday : 0900 hrs - 1800 hrs 
Saturday / Sunday/ Public Holiday - Closed​
Head Quartes

Suite 16.05, 16th Floor, Wisma Zelan, 
No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, 
Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Tel : +603-9174 7003 
Fax: +603-9174 7005 
Phone No: +6011 2004 8989
Visitor's Analytics

Our Terms & Conditions​

      ©2018 By Richworld Travel & Tours Sdn Bhd  Website All Rights Reserved.