Search

Tanggungjawab seorang Insan


Tanggungjawab seorang Insan


Islam adalah satu agama yang menjanjikan kebahagiaan, keharmonian, kesejahteraan kepada penganutnya. Namun begitu, masih ramai yang tidak yakin bahawa agama Islamlah agama yang paling sempurna. Mereka hanya mengakui di bibir sahaja akan tetapi di hati kosong. Islam juga adalah satu agama yang komprehensif dan moderate. Islam menggalakkan umatnya bekerja untuk kehidupan di dunia dan di akhirat. Setiap individu Islam mempunyai peranan dan tanggungjawab tertentu tanpa mengira jawatan dan latar belakang. Secara ringkasnya, saya menjadikan tanggungjawab berpecah kepada 4 aspek. Tangunggjawab kepada Allah,diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Pertama adalah tanggungjawab kepada Allah SWT. Setiap individu yang melafazkan syahadah wajib mentaati, mematuhi dan melaksanakan segala perintah dan menjauhi segala larangan yang telah ditetapkan oleh Agama. Hukum agama yang telah ditetapkan adalah merangkumi seluruh aspek kehidupan. Tidak ada alasan lain untuk kita tidak mentaati ajaran agama kerana agama Islam adalah agama yang syumul. Manusia sebagai hamba Allah oleh itu hanya Allah sahaja yang layak disembah selaku Pencipta makhluk dan alam semesta. Sebagai hamba Allah manusia wajib mematuhi segala perintah-Nya secara ikhlas.

Firman-Nya dalam ( Surah al-Bayyinah 98:5 ) bermaksud: “Padahal mereka tidak disuruh, kecuali supaya menyem¬bah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya, dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus"

Kedua, tanggungjawab terhadap diri sendiri. Setiap individu wajib memenuhi kewajipannya sendiri bagi membentuk keperibadian Islam yang sejati. Iman yang dimiliki bersifat naik turun atau dalam istilah Islam disebut sebagai yazid wa yanqush (adakala naik dan adakala turun. Kecuaian dan kelalaian seorang hamba dalam mengimbangi keimanan kadang-kadang boleh menyebabkan umat Islam lalai dan leka dalam kehidupan mereka sehingga sanggup melakukan sesuatu yang merugikan kehidupan mereka di dunia dan di akhirat.

Allah menyeru umat Islam supaya merenung dan meneliti setiap pergerakan kehidupan di dunia ini bertepatan dengan konsep dan prinsip ajaran Islam. Kejahilan dalam aspek ini boleh menyebabkan umat Islam berterusan melakukan kesalahan dan dosa yang perlu dipertanggungjawabkan di depan Allah di hari akhirat.

Ketiga, tanggungjawab terhadap keluarga. Wajib bertanggungjawab terhadap keluarga berkaitan de¬ngan kewibawaan, kesejahteraan, keselamatan, pendidikan dan kehidupan. Tanggungjawab terhadap keluarga juga sebahagian daripada tanggungjawab diri kerana memelihara diri sendiri berkaitan dengan perintah memelihara iman keluarga. Allah menyebut dalam al-Quran perkataan quu anfusakum wa ahlikum naara (peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka). Perkara ini dinyatakan oleh Allah dalam Surah Al-Tahrim 66:6 ) yang bermaksud; “Hai orang-orang yang beriman peliharalah diri mu dan keluarga mu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan".

Islam menggalakkan umatnya supaya memelihara hubungan kekeluargaan dan bantu-membantu antara satu sama lain sebagai ahli keluarga sendiri. Ini konsep kehidupan yang perlu dilaksanakan oleh masyarakat Islam.

Rasulullah SAW orang yang paling baik dengan ahli keluarganya. Perkara ini dijelaskan oleh baginda dengan sabdanya yang bermaksud; “Sebaik-baiknya kamu adalah orang yang paling baik terhadap keluarga, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap keluargaku".

Keempat, tanggungjawab terhadap masyarakat.

Umat Islam digalakkan supaya tolong-menolong sesama manusia tanpa mengira agama dan bangsa. Konsep kehidupan kemasyarakatan dalam Islam adalah berbentuk universal di mana setiap kebaikan dan keindahan dikongsi bersama dengan makhluk Allah.

Sabda baginda Rasulullah SAW lagi; “Sebaik-baik manusia adalah orang yang bermanfaat bagi manusia".

Akhir sekali, marilah sama-sama kita menjadi hamba Allah yang bertanggungjawab dalam semua aspek. Tidak mengira dari segi apa sekalipun. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang beruntung dunia dan akhirat. Wallahua’lam




0 views
The Richworld Travel & Tours Sdn Bhd (1040443-P)(KPK/LN 7567)
Opening hours
Monday - Friday : 0900 hrs - 1800 hrs 
Saturday / Sunday/ Public Holiday - Closed​
Head Quartes

Suite 16.05, 16th Floor, Wisma Zelan, 
No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, 
Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur.

Tel : +603-9174 7003 
Fax: +603-9174 7005 
Phone No: +6011 2004 8989
Visitor's Analytics

Our Terms & Conditions​

      ©2018 By Richworld Travel & Tours Sdn Bhd  Website All Rights Reserved.